Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Dapat dengar Tafsir oleh Ustaz Zahazan di IKIM.FM.. Didengar daripada kiemiftah.com dan dicatat sebahagian daripadanya.
Surah yang agak panjang jika dibandingkan dengan surah-surah lain dalam juz amma. Surah ini adalah surah pertama yang dibacakan kepada Nabi kita. Surah ini memberikan kefahaman kepada kita tentang kepentingan ilmu.
Ayat pertama:
Iqra'! Bacalah! Satu kalimah yang mulia menampakkan satu manefestasi ilmu, satu asas kepada ilmu. Menjadi dasar atau akar kepada ketamadunan manusia. Jadi bila dilihat di sini susunan ayat-ayat Allah yang hebat ini Allah SWT telah menyebut mengingatkan kepada kita; mengingatkan kepada Nabi Muhammad SAW pertama iaitu:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (Al-'Alaq 96:1)
Baca ini sinonim dengan ilmu. Ilmu itu satu perkara yang mulia, sebab itu Imam al-Ghazali ketika membahaskan tentang ilmu beliau meletakkan bab ilmu ini di bahagian pertama kitab Ihya' Ulumuddin karangannya. Ini nak bagi tahu kepentingan ilmu. Ilmu tu pula dibahagikan kepada fardhu 'ain fardhu kifayah dibincang panjang lebar. Ini nak bagi tahu kita bahawa ilmu ni mulia.
Apa buktinya? Bila kita lihat dalam kehidupan, bila ada orang kata kepada kita awak tidak tahu, katakanlah atau bayangkanlah, fikirkan seorang budak kecil, kita pula sudah berumur begini tiba-tiba dia bertanya satu soalan yang mudah tapi kita ambil masa untuk memikirkan apa jawapan yang akan diberikan kepada budak itu, mungkin kerana kita nak lihat apa jawapan terbaik atau mungkin kita nak cuba memahamkan dia dengan sebenar-benarnya, dengan bercakap menggunakan bahasa yang difahaminya tiba-tiba dia menfikan ilmu yang ada pada kita, katanya pakcik tidak tahu atau kakak tidak tahu, kitapun akan terasa marah, apatah lagi jika orang mengatakan kita ni orang yang bodoh iaitu satu istilah yang kejam yang amat menyakitkan hati, kerana dia menafikan ilmu kita, maknanya jika tiada ilmu bermaksud tiadalah kemuliaan.

Imam Ibnu katsir menceritakan tentang ilmu dengan satu perbincangan yang panjang dan hebat, bacalah dalam Tafsir Ibnu Katsir, tuan-tuan akan melihat bagaimana Imam Ibnu Katsir ni menjelaskan bahawa ilmu ni mempunyai pelbagai sumber. Antaranya:
Pertama: Bertafakkur iaitu kita berfikir
Kedua: Dengan kita membaca
Ketiga: Bila orang memaklumkan kepada kita. Contohnya Nabi Adam as bila dicipta oleh Allah SWT, maka Allah mengajarnya ilmu. Ini disebut dalam ayat di bawah maksudnya:
"Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al-Baqarah 2:31)
Ini menujukkan bahawa perkara pertama diberikan kepada Nabi Adam as ialah ilmu. Jadi daripada sini tahulah kita akan kepentingan ilmu dalam kehidupan kita. Perkara ini mempunyai kaitan langsung dalam hidup kita. Betapa penting ilmu ini kita dapat lihat dalam kehidupan masyarakat yang maju pada hari ini yang menjadikan ilmu sebagai asas kepada kepentingan hidup mereka seperti kata Pemikir Islam Harun Yahaya.
Kita dapat lihat banyak negara menjadikan ilmu itu sebagai asas kepada kepentingan hidup mereka. Orang-orang Jepun adalah masyarakat yang maju, mereka merupakan masyarakat yang mengkaji dan membaca dan kemudian mengaplikasikan apa yang mereka tahu itu. Orang-orang Peranchis sebagai contoh mereka adalah orang yang cukup berdisiplin. Mereka mencipta sejenis kereta yang hebat, bila dinaikkkan power windownya, bila ada tangan menghalang secara otomatiknya power window tu tidak berfungsi. Ini untuk kepentingan kehidupan, orang Sweden pula mencipta kereta volvo semuanya menunjukkan kepada satu hasil pemikiran yang bersumberkan kepada ilmu yang dipraktikkan.

Panjang nak ceritakan akan hal ini. Ini didedahkan oleh Harun Yahaya dalam bukunya "Warna-warni Kehidupan" menceritakan tentang ilmu yang diberikan Allah kepada makhlukNya tapi kita orang Islam cukup jauh ketinggalan berbanding orang-orang yang tidak beriman kepada Allah SWT.
Catatan ini setakat minit 07.57 daripada 19.29... semoga memberikan manfaat.
No comments:
Post a Comment