Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Sesekali berpeluang mendengar tafsir al-Quran di IKIM.FM dan sesekali dengar juga di audio yang dapat dimuat turun ke PC..
Beberapa Ustaz mengupas tentang wali Allah. Ramai yang anggap bahawa wali Allah ialah orang yang diberikan karamah seperti dapat berjalan atas air dan dapat melakukan pelbagai perkara yang agak mustahil untuk semua orang melakukannya.
Tidak dinafikan sebahagian orang dapat karamah tersebut dan itu dinamakan irhas. Namun jika kita perhatikan ayat di bawah jelas diberikan takrifan wali Allah (Yunus 10:63) .
Siapakah wali-wali Allah?
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Yunus 10:62)
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.(Yunus 10:63)
Kata salah seorang ustaz kitapun boleh dikategorikan sebagai wali Allah sebab kita adalah orang yang beriman yang percaya kepada semua rukun Islam , rukun Iman dan Ihsan, TAPI ADA SYARATANYA iaitu kita kena sentiasa bertaqwa.. Jadi kita kenalah cari apakah maksud taqwa, kemudian kita jadikan diri kita bertakwa. Dengan itu dapatlah kita jadi wali Allah yang dengan itu kita sentiasa diberi pertolongan oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment