Wednesday, July 4, 2012

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban




Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.

Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”

-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-tamat

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat

Kesimpulannya :

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Sumber :

Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.
 



Sumber:


Friday, June 15, 2012

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya


A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa' 17:1)


Sahabat-sahabat sekelian, kita selalu diperingatkan bahawa ketika Nabi yang mulia diisra' mi'rajkan (dibawa berjalan oleh Allah SWT), baginda diperlihatkan:


Suatu kaum yang menghantuk-hantuk kepala mereka pada batu sehingga kepala mereka itu pecah. Setiap kali kepala mereka pecah, kepala pulih semula, lalu mereka hantuk kembali. Perkara ini dilakukan terus-menerus tanpa berhenti. Nabi Muhammad SAW bertanya kepada malaikat Jibril mengapa demikian, lalu jawapan malaikat bahawa perbuatan tersebut adalah gambaran siksaan yang akan diberikan pada hari kiamat kepada orang-orang yang malas melakukan solat. 

Suatu kaum yang pergi berombongan seperti kawanan unta dan kambing yang pergi ke tempat penggembalaan dalam keadaan telanjang. Hanya kemaluan dan dubur mereka saja yang tertutup dengan secarik kain. Mereka makan kayu berduri yang sangat busuk baunya ( Pohon Dhari, iaitu pohon duri yang sangat keras, tidak dapatmenggemukkan dan tidak menghilangkan lapar, kerana ia menyumbat tenggorokan, tidak keluar dan tidak juga masuk ke dalam perut, demikian menurut Ibnu Abbas. (Surah Al-Ghasiyah : 6), buah zaqqum (buah tetumbuhan yang sangat pahit, mayangnya seperti kepala syaitan, tumbuh di bawah dasar neraka Jahim, setiap yang memakannya, maka ususnya akan terburai. (Surah As-Shaaffat: 62-68) dan bara serta batu-batu daripada neraka Jahannam. Malaikat Jibril menerangkan bahawa kaum tersebut adalah gambaran umat Nabi Muhammad SAW yang tidak mau membayar zakat serta memberi infak. 

Suatu kaum yang menghadap dua potong daging. Sepotong daging  telah masak dalam sebuah bekas, manakala  sepotong lagi  mentah lagi busuk. Kaum tersebut melahap daging mentah yang busuk serta meninggalkan daging yang telah masak. Kedaan demikian adalah  gambaran umat Nabi Muhammad SAW  yang telah mempunyai isteri yang halal dan baik, tetapi mereka mendatangi pelacur dan tidur bersama pelacur sampai pagi; dan gambaran dari para wanita yang telah mempunyai suami yang halal dan baik, tetapi mereka mendatangi laki-laki hidung belang dan tidur bersamanya sampai pagi.


Nabi Muhammad SAW juga melihat kayu yang melintang di tengah jalan, sehingga tidak ada pakaian atau lainnya yang melewatinya, kecuali kayu tersebut menyobekkannya. Keadaan tersebut adalah sebagai gambaran dari umat Nabi Muhammad SAW yang suka duduk-duduk di jalanan sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas. Setelah menjawab pertanyaan Nabi Muhammad SAW malaikat Jibril membaca ayat Al Quran yang tersebut dalam surat Al-A'raaf ayat 86 yang antara lain berbunyi sebagai berikut: 


A086
"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kemban ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.(Al-A'raaf 7:86

Orang laki-laki yang berenang di sungai darah dengan menelan batu. Ini adalah gambaran orang yang memakan riba.

Orang laki-laki yang mengumpulkan kayu bakar. Laki-laki tersebut tidak kuat membawanya; akan tetapi jumlah kayu bakar tesebut tidak dikurangi, melainkan ditambahi. Ini adalah gambaran dari ummat Nabi Muhammad saw. yang memegang sesuatu jawatan. Dia tidak mampu menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya namun masih mahu menerima jawatan.

Suatu kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi. Setiap kali lidah dan bibir mereka digunting, maka lidah dan bibir tersebut kembali seperti sedia kala. Mereka melakukan hal tersebut terus menerus tanpa berhenti. Ini adalah ibarat dari para khatib yang menimbulkan fitnah, iaitu para khatib daripada ummat Nabi Muhammad SAW yang meminta orang lain berbuat baik namun  mereka sendiri tidak melakukannya.
A002

A003
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". (as-Saff [61] : 2 - 3)

Suatu kaum yang mempunyai kuku-kuku daripada logam. Mereka mencakari muka dan dada mereka dengan kuku tersebut. Ini adalah akibat orang-orang yang senang menggunjing orang lain dan melecehkan kehormatan orang lain.

Nabi Muhammad SAW melihat sapi jantan yang besar keluar dari lubang yang kecil. Sapi tersebut ingin masuk kembali ke dalam lubang tempat ia keluar, akan tetapi tidak dapat. Ini adalah gambaran daripada orang yang mengadakan pembohongan yang besar, kemudian dia menyesalinya, tetapi tidak dapat menarik kembali pembohongan tersebut.


Khusus untuk para wanita pula elok kita ambil ikhtibar daripada peristiwa isra' mikraj tentang kisah yang dipaparkan bawah:


Saidina Ali ra menceritakan suatu ketika beliau melihat Rasulullah SAW menangis. Lalu beliau datang bersama Fatimah menemui baginda dan keduanya bertanya mengapa Rasulullah SAW menangis. Baginda menjawab:

"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya  aku menangis kerana aku menyaksikan mereka tersiksa dengan siksaan yang sangat berat dan mengerikan. 

Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahndanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. 

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung (kayu pemukul) dari api neraka," kata Nabi s.a.w.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? 

Rasulullah menjawab,

"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa sholat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 


Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Sahabat-sahabat sekalian, 

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah diperlihatkan keadaan azab seksa yang ditimpakan kepada umatnya yang melanggar larangan Allah SWT ketika baginda di isra' mikrajkan. Kemudian bagida sampaikan kepada puteri-puteri dan sahabat-sahabatnya. Lalu ini berterusan sehingga sampai kepada kita pada hari ini. Kita sedar akan azab itu amat pedih. Oleh itu jauhilah segala larangan AllahSWT dan bimbinglah orang-orang yang dibawah pimpinan kita dengan baik dan ingatkan mereka akan azab yang akan mereka lalui sebagaimana yang telah Rasulullah SAW peringatkan kepada kita. 



Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh menghindarkan diri kita daripada azab siksaan Allah SWT yang amat keras dan mengerikan ini baik ketika masih berada di dunia mahupun ketika berada di akhirat kelak. 

Thursday, June 14, 2012

Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam ......






Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.






Wednesday, June 6, 2012

Awas Terhadap Syirik


Bismillahirrahmanirrahim.

ALLAH telah mengutuskan para rasul dan nabi agar mengajak kaumnya kepada tauhid, yakni memurnikan ibadah dan penyembahan hanya kepada Allah dan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu yang lain. 

Di bawah ini ada beberapa contoh para nabi dan rasul mengajak kaum masing-masing kepada mentauhidkan Allah SWT:

1) Nabi Isa as mengajak kaum Bani Israel menyembah hanya kepada Allah seperti dalam firman Allah SWT:

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".



2) Nabi Nuh as mengajak kaumnya menyembah hanya kepada Allah SWT:


Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"


3) Nabi Syuaib as mengajak kaumnya:

Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).

(Hud 11:84)  


Contoh yang lain menunjukkan Allah SWT mengutuskan rasul untuk menyeru manusia menyembah hanya kepada Allah SWT.

Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"



Masih banyak lagi ayat-ayat di dalam al-Quran seumpama ini. Ini menunjukkan setiap nabi dan rasul menyeru kaum masing-masing supaya tidak menyengutukan Allah SWT.


Perintah untuk bertauhid ini berupa larangan keras daripada berbuat syirik atau menyekutukan Allah dengan selain-Nya. 


Seluruh ulama sepakat mengatakan bahawa tiada amalan yang paling utama melebihi tauhid dan tidak ada dosa paling besar yang melebihi syirik.

Syirik adalah dosa terbesar di antara dosa besar, amal perbuatan yang terburuk, kezaliman yang paling besar dan menjadi sebab hancurnya seluruh amalan seseorang. Syirik juga dosa yang tidak diampun. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah An-Nisa :Ayat 48).

Orang yang berbuat syirik, bererti dia berada dalam kesesatan yang sangat jauh. Firman Allah SWT bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah An-Nisa`: Ayat 116). 


Allah SWT telah menyatakan haram masuk syurga bagi pelaku syirik. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun.” (Surah al-Maidah: Ayat 72). 

Menyedari hakikat ini, maka berwaspada dan berhati-hatilah daripada perbuatan syirik, baik syirik besar mahupun syirik kecil. Syirik besar ialah seperti meminta dan berdoa kepada selain Allah, meyakini ada pencipta dan pemelihara alam selain Allah, berkeyakinan bahawa selain Allah ada yang berhak diibadahi, dan masih banyak lagi contoh lainnya. 

Namun, syirik kecil ada ketikanya terlepas daripada perhatian kita. Masih ada sebahagian kaum Muslimin yang terjebak dalam syirik kecil tanpa mereka sedari. Syirik kecil adalah antara hal yang sangat dikhuatirkan Rasulullah SAW dan dapat menjadi wasilah atau perantara kepada syirik besar. 



Walaupun syirik kecil ini tidak menyebabkan pelakunya keluar daripada Islam dan tidak menyebabkan kekal di neraka, tetapi ia kaba’ir atau dosa besar. Syirik kecil termasuk salah satu dosa besar, bukan dosa kecil. 

Antara contoh bentuk syirik kecil ialah riya` dalam beribadah, iaitu seseorang melakukan sesuatu ibadah atau bentuk pendekatan diri kepada Allah, namun di samping itu dia bertujuan agar dilihat atau dipuji oleh sesama manusia. Riya' adalah bentuk syirik tersembunyi (syirik khafi) yang sangat dikhuatirkan oleh Rasulullah SAW menimpa sahabat baginda.

Antara cara berlindung kepada Allah daripada syirik, baik syirik yang kita ketahui mahupun yang tidak kita sedari ialah dengan sentiasa memperbaiki niat dan keikhlasan dalam setiap amal perbuatan yang kita lakukan. Allahlah yang paling berhak mendapat segala bentuk peribadatan. 

Antara bentuk syirik kecil ialah bersumpah dengan menyebut selain Allah. Hal itu termasuk dalam kekufuran atau kesyirikan. Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa yang bersumpah dengan selain Allah maka sungguh dia telah kafir atau telah syirik.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud dan at-Tirmidzi).

Ucapan juga boleh membawa kepada syirik kecil seperti ucapan: “Atas kehendak Allah dan kehendak anda” atau ucapan “Kalau bukan kerana Allah dan si polan”, “Ini adalah berkat pertolongan Allah dan si polan,” serta ucapan semisal itu, yang intinya ada pensejajaran antara Allah dan manusia. 

Ucapan seperti ini adalah ucapan syirik. Oleh itu ia harus diluruskan. Yang benar daripada ucapan di atas ialah: “Atas kehendak Allah kemudian kehendak anda” atau: “Kalau bukan kerana Allah kemudian kerana anda,” atau, Berkat pertolongan Allah kemudian pertolongan anda" demikian seterusnya. 

Contoh lain syirik kecil ialah ‘tathayyur’, iaitu berasa sial atau naas kerana melihat jenis burung atau binatang tertentu, atau berasa sial dengan angka, hari dan tanggal tertentu.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Thiyarah ialah syirik, thiyarah adalah syirik dan tidak ada seorang pun daripada kita, kecuali Allah Azza Wajalla menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi). 

Perbuatan syirik kecil lain ialah memakai gelang daripada benang dan lainnya kepada anak dengan tujuan untuk menolak bahaya atau bala, memakai dan menggantungkan azimat tertentu untuk mencegah pengaruh ain dan mendatangkan keberuntungan dan yang semisal dengannya”.

Ia adalah bentuk kesyirikan kepada Allah kerana ia mengotori tawakal dan mencemari tauhid kita kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW mengenai orang yang memakai azimat yang bermaksud: “Barang siapa yang menggantungkan azimat, maka dia telah syirik.” (Hadis Riwayat: Ahmad).

Monday, June 4, 2012

SQ, EQ, IQ dan PQ


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Setiap manusia dibekalkan dengan kebolehan merangkumi SQ/EQ/IQ/PQ 



SQ - Spiritual Quotient ( kecerdasan rohani).
EQ - Emotional ( kecerdasan emosi/perasaan).
IQ  - Intelligence Quotient ( kecerdasan intelek/kebijaksanaan).
PQ - Physical Quotient ( kecerdasan fizikal/jasmani).

Di bawah ini disalin daripada JPHBT untuk dijadikan panduan memahami istilah-istilah di atas:

Ketika kita sedar akan Allah dalam apa jua keadaan, kita sentiasa mampu berserah dan menerima segala kehendak Allah SWT. Kita mampu memahami petunjuk yang diilhamkan Allah dalam jiwa kita. Jiwa kita tidak akan melepaskan Allah setiap saat hidup ini. – SQ

Ketika kita sedar akan Allah SWT, kita tidak akan kehilangan akal mahupun fikiran. Malah akal dan fikiran kita akan lebih baik berbanding dalam keadaan tidak sedarkan Allah SWT. – IQ

Ketika kita sentiasa sedar Allah SWT setiap saat dalam hidup kita, emosi kita juga bertambah baik kerana kita sentiasa berada dalam kesedaran diri. Kita tidak akan tenggelam dalam rasa. Kita sentiasa berada di atas rasa.- EQ

Ketika sedar Allah, pastinya Allah akan mengilhamkan kita daya kekuatan untuk melakukan kebaikan. Lalu kita benar-benar bersemangat dalam melakukan kebaikan termasuk segala kerja rutin kita setiap hari seperti bekerja, menguruskan keluarga dan semua rutin yang baik. – PQ.

Ketika kita sedar Allah setiap saat, kita mampu memiliki semua kecerdasan i.e. SQ, EQ, IQ dan PQ.

Gunakan kemahiran yang ada pada diri sendiri yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat 

Semoga memberi manfaat.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)