Salam semua.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian tetapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
1. Sebelum tidur baca doa dan apabila banguntidur baca doa.
2. Jangan tidur dengan keadaan kaki menghala ke arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali .
4. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Juga jangan lupa baca ayatul Kursi.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. Solat witir 1 atau 3 rakaat. Bila terjaga dan qiyam serta dirikan solat boleh ulangi lagi solat witir, tetapi jika sekadar membaca al-Quran atau berzikir tak perlu ulangi solat witir.
7. Maafkan semua kesalahan manusia kepada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan menghadap ke Qiblat dan tapak tangan di bawah pipi.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan (Jin Betina). Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain tidur bersama-sama kita.
3 comments:
Terimakasih diatas info yg dikongsikan.
Salam Ina Nur,
terima kasih sudi dtg blog.. mudah2an kita sama2 dpt amalkan pesanan Rasulullah saw.
Post a Comment