Thursday, February 21, 2013

"Aku adalah syaitan"


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Kisah di bawah ini diambil daripada FB Pencinta Rasulullah(saw)

Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid menceritakan sebuah kisah seorang pemuda yang tidak mahu membeli kenderaan seperti unta dan haiwan-haiwan lain untuk memudahkannya ke masjid semata-mata kerana ingin mendapat ganjaran atas setiap langkah tapaknya ke masjid.


Pada suatu pagi hujan turun dengan lebatnya, pemuda itu ingin menunaikan solat subuh ketika itu lalu nafsunya berkata kepadanya agar menunaikan sahaja solatnya di rumah.

Dia bersetuju namun dia berasa sangat serba salah untuk solat subuh di masjid kerana kebiasaanya dia solat di masjid lalu dia bertekad untuk ke masjid. Dia mengambil sebatang payung lalu merentasi hujan lebat di subuh hari itu untuk ke masjid, namun malangnya dia terjatuh ke dalam lubang lalu habis basah semua jubah dengan lumpur-lumpur. Lalu dia kembali pulang ke rumah untuk menukar jubahnya dan berazam untuk lebih berhati-hati pada perjalanannya yang kedua sebentar lagi.

Setelah menyalin semua pakaiannya, untuk kali kedua dia pergi ke masjid meredahi hujan yang lebat dan kali ini dia lebih berhati-hati, dia berjalan dengan penuh berhati-hati termasuklah pada tempat yang dia terjatuh tadi namun dalam berhati-hati itu malangnya dia tergelincir di dalam longkang. Sekali lagi habis semua pakaiannya kotor dan basah. Dia kembali ke rumah untuk menukarkan pakaiannya, dia ingin menunaikan solat subuh di rumah sahaja namun dia berasa amat bersalah. Sekali lagi untuk kali ketiga dia meredahi hujan lebat untuk ke masjid.

Pada kali ketiga, dia berjalan dengan lebih berhati-hati dan penuh perhatian supaya dia sempat sampai di masjid dan solat berjemaah. Dia memerhatikan setiap halangan dan tempat-tempat yang dia tergelincir tadi agar tidak terjatuh lagi seperti sebelum-sebelum ini.

Namun dia sekali lagi terjatuh, tetapi pada kali ini ada seorang pemuda cepat mencapai tangannya dan menyelamatkan dia daripada terjatuh dan membawanya ke masjid. Dia berterima kasih kepada pemuda itu dan menceritakan bahawa dia sudah dua kali tergelincir dalam perjalanannya ke masjid sebelum ni.

Setelah selamat tiba di masjid, pemuda itu terus pergi dan tidak solat subuh di masjid itu. Pemuda yang ditolong itu berterima kasih kepadanya namun dia berasa hairan, siapakah pemuda itu ??

Lalu dia kembali mengejar pemuda yg menolongnya dan bertanya siapakah dia?
pemuda itu berkata: "Aku adalah syaitan"

Dia amat hairan dengan jawapan itu, mana mungkin syaitan menolongnya ke masjid sedangkan syaitan ialah makhluk yang jahat.

Lalu syaitan berkata: "Engkau tahu tak pada kali pertama engkau terjatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid, Allah telah mengampuni semua dosa kau."

"Pada kali yang kedua engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid, Allah telah mengampuni dosa semua ahli keluarga kau."

"Dan pada kali ketiga jika engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan ke masjid, Allah akan mengampuni semua dosa penduduk kampung ini."

"Aku tidak sanggup melihat Allah mengampuni dosa semua penduduk kampung ini oleh kerana itu aku membantu engkau ke masjid."

Begitulah kisah yang dinukilkan oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid berkaitan dengan besarnya ganjaran-ganjaran ke masjid.

Semoga dengan kisah ini akan membangkitkan semangat kita untuk ke masjid dan beristiqamah solat jemaah di masjid.

Wallahu a’lam


اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم



Tuesday, February 19, 2013

Ubun-ubun orang yang berdusta

Bahagian jahat dalam otak manusia
Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. Foto: MailOnline
17 Februari 2013
BERLIN - Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat.


Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.  

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya 


Ubun-ubun lembik, UBUN-UBUN MENIPU
Oleh:Norimanah Seman

“Jangan sekali-kali berlaku derhaka, Demi  sesungguhnya jika ia tidak berhenti daripada  perbuatannya yang buruk itu, nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya dan menyeretnya ke dalam neraka. Ubun-ubun orang yang berdusta, yang bersalah," (surahAl-Alaq:15-16).

Mulanya ayat al-Quran itu dibaca dan dengan jelas disebut ubun-ubun dusta yang derhaka. Kenapa ubun-ubun yang dusta dan derhaka, sedangkan ia tidak mampu berbicara. Kalau mulut yang dikatakan dusta ada logiknya.

Kemudian terlintas pula di fikiran setiap sesuatu yang Allah nyatakan di dalam al-Quran mesti ada maksud di sebaliknya. Hati semakin meronta-ronta hendak tahu kenapa ubun-ubun yang dikatakan dusta. Bagaimana pula de­ngan kajian sains moden, mampukah membuktikan ubun-ubun berdusta?

Kemudian ingatan membawa pada petua yang diamalkan oleh orang Mela­yu tentang ubun-ubun. Setiap kali bayi yang baru lahir akan dihembus ubun­-ubunnya sambil berdoa yang baik-baik. Ubun-ubun yang masih lembik itu akan berdenyut seperti jantung. Kemudian kita juga diajarkan, semasa anak-anak tidur tiup ubun-ubunnya berserta doa dan selawat. Apa saja yang berkaitan dengan anak, nakal, tidak mahu bela­jar, tidak mendengar kata atau apa saja hanya disuruh hembus ubun-ubunnya dengan bacaan tertentu.

APA RAHSIA UBUN-UBUN SEBENARNYA?

Menurut Dekan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Adnan Mohamed Yusoff, di dalam al-Quran ubun-ubun disebut nashiyah. Para ulama dahulu mentafsirkan ayat di atas iaitu ubun -ubun yang berdusta adalah orang yang menipu.

Katanya ayat itu ditafsirkan secara perbandingan. Dalam budaya dan peng­gunaan bahasa Arab, merujuk kepada anggota badan untuk dikiaskan dengan sifat seseorang adalah sesuatu yang lumrah. Contohnya, apabila hendak me­ngatakan seorang itu penipu dan pendus­ta mereka sifatkan pada anggota badan. Sama seperti di dalam bahasa Melayu yang disebut kiasan iaitu kaki bangku, panjang tangan dan telinga nipis.

"Dengan perkembangan sains yang semakin pantas, ulama mula meng­kaji maksud ubun-ubun dengan lebih terperinci. Kajian yang dilakukan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, menemukan fakta tentang ubun-ubun yang boleh dikait­kan dengan al-Quran. Asalnya kajian itu dilakukan oleh sarjana barat.

"Di dalam otak kita ada satu bahagian yang berfungsi untuk mengawal diri, membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang. Pusat kawalan itu adalah ubun-ubun yang letaknya di belakang dahi atau dipanggil frontal lobe.

"Di bahagian itulah pusat kawa­lan segala arahan dikeluarkan, mengawal tingkah laku, berbohong, berbuat salah, kejujuran dan membuat kepu­tusan. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan saja," jelasnya.

Dr. Adnan menambah lagi, hasil kajian yang menggunakan teknologi canggih telah berjaya mengesan unsur pembohongan. Daripada imbasan yang dilakukan, bahagian ubun-ubun meng­hasilkan tenaga yang banyak.

Di katakan semasa berbohong, im­basan menunjukkan 14 kawasan otak akan menjadi aktif berbanding hanya tujuh kawasan saja jika bercakap benar. Menurut Daniel Langleben, seorang ahli psikiatri dan pakar saintis neuro dari Universiti Pennsylvania, ada tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif semasa berbohong iaitu anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Dari pada pemerhatian­nya, semasa menipu, aliran darah ke bahagian itu bertambah. Ini bermakna otak sedang bekerja kuat untuk ber­dusta.

Di sini dapat dilihat seolah-olah ada satu pusat komputer yang duduk di ubun-ubun yang telah disetkan dalam mode sentiasa berada pada kedudu­kan benar sepanjang masa. Bila kita bercakap benar, tidak ada sebarang perubahan tenaga yang dapat dikesan pada ubun-ubun. Sebaliknya bila ber­cakap bohong ada tenaga yang dike­luarkan dan ia boleh dikesan.

Penerangan yang boleh dibuat dari perubahan tenaga itu ialah begini, semasa menipu aliran darah akan ber­tambah di bahagian ubun-ubun dan banyak tenaga yang digunakan untuk mencari alasan apa hendak diberikan. Atas alasan itu mereka memutuskan, menipu bukanlah satu perkara yang datang tiba-tiba. Otak harus berfikir benar atau tidak kemudian barulah keputusan dibuat untuk menipu.

Misalnya apabila kita hendak menipu katakanlah, "langit itu hijau". Otak kita akan berfikir dahulu bahawa warna langit adalah biru tetapi kita hendak menafikannya. Otak akan bekerja keras untuk menafikannya sebelum menge­luarkan kata-kata bahawa langit adalah hijau.

Bagi Dr. Adnan, apa yang dinyata­kan di dalam al-Quran memang ada hubungannya dengan penemuan sain­tifik. Sebagaimana yang Allah sebut ubun-ubun yang berdusta. Hasil pen­emuan mendapati, bahagian frontal lobe itulah yang paling banyak mengeluar­kan tenaga apabila keputusan untuk menipu dibuat.

"Jika sebelum ini ulama mentafsirkan ayat itu secara perbandingan. Secara hakikinya dari sudut saintifik, ayat itu boleh didalami lagi maksudnya. Ubun ­ubun itulah yang berdusta, berbohong, tidak patuh, tidak taat pada perintah Allah kerana ia membuat keputusan," katanya.

AMALAN RASULULLAH SAW

Tambah Dr. Adnan, yang  menarik tentang nashiyah banyak disebut di dalam hadis. Malah Nabi amat me­ngambil berat tentangnya. Contohnya di dalam soal wuduk, Rasulullah me­nyapu kepala. Ada riwayat yang me­ngatakan maksud, menyapu kepala itu adalah sebahagian kepala dan ada juga yang kata keseluruhannya.

"Dan tafsiran tentang bahagian kepala yang mana, para fuqaha menga­takan ia melibatkan sebahagian dari pada kepala tetapi tidak kira di mana-mana. Namun apabila kita teliti, balik hadis yang mengatakan sebahagian adalah di bahagian hadapan saja iaitu di ubun­-ubun. Pendapat itu dikeluarkan ber­dasarkan beberapa riwayat yang me­ngatakan, Rasulullah SAW apabila menyapu kepalanya, dari ubun-ubun bawa ke belakang dan dari belakang membawa ke ubun-ubun.

Sambungnya lagi, ada juga amal­an yang diajar oleh Rasulullah SAW ketika berdoa setiap kali hendak tidur yang bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah daripada kejahatan semua makhluk yang Engkau pegang ubun-ubunnya."

Sebuah lagi hadis meriwayatkan tentang amalan yang Rasulullah lakukan ketika mendoakan orang lain mahupun untuk merawat. Seorang sahabat yang miskin datang mengadu dan minta Rasulullah berdoa untuknya supaya dia disenangi oleh orang lain dan dilayan dengan baik serta mendapat kelapang­an. Lelaki itu menceritakan balik, lalu Rasulullah SAW sapu ubun-ubun saya dan berdoa kepada saya tiga kali.

Dalam satu peristiwa lain ketika Sa'ad bin Abi Waqas sakit, Rasulul­lah datang melawatnya. Kemudian me­letakkan tangannya di atas dahi (nashi­yah) lalu disapu ke muka, dada dan perut Saad. Rasulullah SAW berdoa kepada Allah, "wahai Allah, sembuhkanlah Saad dan sempurnakan amalan kebajikan yang dilakukan.

"Daripada hadis-hadis yang diri­wayatkan, boleh dirumuskan bahawa ketika berdoa Rasulullah akan meme­gang ubun-ubun orang yang didoakan. Apabila hendak merawat orang sakit, tangannya, akan diletakan di dahi atau nashiyah juga.

"Itulah tandanya Rasulullah amat mengambil berat dan memberikan pen­jagaan yang baik dari segi fizikal serta rohani kepada nashiyah. Teknik yang diamalkan Rasulullah iaitu membelai rambut dan kepala, perlu dipraktikkan di dalam pendidikan secara sistematik. Di situ adalah pusat yang merang­sang iman dan pemikiran anak-anak, sepatutnya kaedah itu digunakan secara tersusun dan serius.

"Bila bersama-sama anak-anak kita usap kepalanya dan berdoa seba­gaimana yang Rasulullah amalkan. Ambil masa sedikit sebelum tidur atau semasa tidur jadikan amalan yang ter­atur. Amalan itu perlu diperluaskan di dalam masyarakat kita kerana ia ada kesan daripada segi rohani dan spiritual. Di bahagian itu adalah pusat yang harus diberi perhatian dan tumpuan khusus oleh ibu bapa, guru, pendidik, pendak­wah untuk mentarbiahkan pelajar," ulasnya.  

Al Islam Mac 2010 (m/s 56-57)

#SUMBER : UBUN UBUN MENIPU

Sunday, February 17, 2013

Hisab akan mudah jika....



Daripada Aisyah rha katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa” Aisyah bertanya: “Bukankah Allah 'Azza Wajalla telah berfirman , “Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, (Al-Insyiqaaq 84:8)” Jawab baginda: “Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.” (Riwayat Muslim)

Huraian

Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian telah dijelaskan di dalam al-Quran seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu . 

Contohnya berkumpulnya umat Islam daripada pelbagai bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) adalah menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang Mahsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia. 

Hisab di akhirat adalah mudah dan ringan sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah dan akan menjadi sukar dan payah bagi orang-orang yang banyak melakukan dosa dan kemungkaran apatah lagi jika mereka yang mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT. 

Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan selepas dihisab. Oleh yang demikian, sebelum kita dihisab di akhirat kelak hisabkanlah diri kita terlebih dahulu dan mohonlah keampunan daripada Allah SWT.

“Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat daripada Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.” (Yunus 10:61

Justeru Umat Islam diseru supaya tidak memandang ringan akan dosa-dosa kecil dan seboleh-bolehnya elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dianggap ringan tetapi memberi kesan yang amat besar pada hari kiamat kelak.

Daripada Anas ra; katanya : “Sesungguhnya kamu mengerjakan sesuatu yang pada pandangan kamu bahawa perbuatan itu lebih halus daripada rambut, pada hal kami pada zaman Rasulullah SAW mengira bahawa perbuatan itu adalah antara perkara yang boleh mencelakakan (dosa besar).” (Riwayat Bukhari).

Memandang ringan terhadap dosa kecil menunjukkan orang itu tidak ada rasa takut kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi melakukan dosa-dosa besar.

Orang yang paling mengenal Allah SWT selepas para rasul dan para nabi ialah para sahabat Rasulullah SAW kerana luas pengetahuan mereka dan tidak pernah menganggap remeh sesuatu perkara.


Mudah-mudahan kita termasuk golongan yang tidak menganggap remeh terhadap sesuatu perkara.

Wednesday, February 6, 2013

Rahsia Solat Pada Awal Waktu

Sumber Gambar


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Waktu Subuh: pada waktu ini alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. 

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor


Waktu Zohor : Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? 

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi dan seumpamanya . 



Tanyalah Ustaz di TV9 - Indahnya Sabar





Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Tanyalah Ustaz Jumaat 04.02.2013 - Indahnya Sabar (1)
Oleh Ustaz Elyas Ismail

Muqaddimah : 

Bacaan ayat-ayat al-Quran Surah al-Baqarah ayat 153 - 157

2:153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)
2:154
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Al-Baqarah 2:154)

2:155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155

2:156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."(Al-Baqarah 2:156)

2:157
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah 2:157

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amat malang jika sudah tua masih lagi tidak faham agama.

Dalam ayat-ayat di atas ada 5 tip yang Allah berikan untuk kita fahami

1)   Jika kita nak pertolongan Allah kita hendaklah sabar dan dirikan solat. 
2)   Orang-orang yang mati syahid sentiasa hidup di sisi Allah.
3)   Allah uji kita dengan perasaan takut (contoh nak belajar jauh di negara yang tak aman akan timbul rasa takut), lapar (jika nak tahu orang tu sabar atau tidak lihatlah ketika dia lapar - ketika membeli makanan sanggup potong que).
4)   Bila kita diuji Allah ajar kita baca istirja (Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun). Ini bukan untuk kematian sahaja tetapi untuk apa sahaja ujian.
5)   Jika ingin dapat petunjuk daripada Allah SWT, pra-syaratnya ialah sabar.

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan sifat sabar?

Jawapan:

Bila cakap tentang sabar, Allah SWT telah mengajar kita bahawa jika kita ingin berjaya kita kena sabar.

Nabi kata sabar itu umpama sinar matahari.  

Selalunya bila nak sabar kita rasa panas. Dikaitkan sabar dengan matahari kerana orang yang sabar diibaratkan seperti matahari yang panas membahang tetapi panas matahari itu dapat menyuburkan tanam-tanaman di atas muka bumi.

Ini nak menunjukkan bahawa orang yang sabar itu subur jiwanya.

Bila musibah menimpa seolah-olah kegelapan melanda. Jadi bila sabar cahaya dapat menyinari. Contoh apabila rasa nak marah terhadap anak-anak kita sabar lalu berfikir kenapa anak jadi seperti ini maka tak jadi marah. Allah SWT lebih lagi Maha Penyabar (as-Sabuur).

Orang yang sabar akan dapat banyak ganjaran. Perhatikan cicak, cicak tidak dapat terbang tetapi makanannya terdiri daripada binatang yang terbang. Allah berikan cicak lidah yang panjang.

Soalan:

Setiap kali ditimpa musibah adakalanya sabar adakalanya tidak. Bagaimana?

Jawapan:

Ada 4 tip atau kaedah menanganinya 

  1. Ingat satu ketika nabi ditanya apa itu iman. Nabi jawab iman itu sifatnya sabar dan dapat memaafkan (let go let God) biarlah berlalu dan serah kepada Allah SWT. Ingatlah kisah Rasulullah SAW yang sering dilemparkan duri oleh seorang wanita, bila wanita itu sakit nabi ziarah menyebabkan wanita itu bersyahadah.
  2. Sebelum tidur malam maafkan semua orang. Dengan pasangan kita adalah lebih baik kita pegang erat tangan masimg-masing supaya ada sentuhan dan minta pasangan kita rating kita. Tanya skala kemudian ikhlaskan dan redha supaya pasangan masing-masing akan memperbaiki diri.
  3. Ingat Pak Hamka dalam Ihya Ulumuddin ada menyebut marah itu adalah salah satu pintu syaitan.
  4. Bila ada org sebelah anda nak marah suruh dia buat teknik pernafasan 2, 3 dan 4 , tarik nafas 2 saat tahan selama 3 saat kemudian lepaskan 4 saat..sebtlah Allah selepas lepaskan nafas.. InsyaAllah tak jadi marah.

Soalan:

Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan berpesan-pesan dengan kesabaran?

Jawapan:

Kita yang berpesan-pesan ni pun kena sabar.
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman". (Adz-Dzaariyaat 51:55)
Maksudnya orang-orang yang beriman sahaja yang mudah menerima nasihat. Bila menerima peringatan akan berbekas di hati orang-orang beriman.

Iman kena kuat, Bila kita lihat sirah, bagaimana Sumayyah dan keluarganya disiksa teruk, nabi kata kepada mereka "Sabarlah keluarga Yasir, Syurga menanti kamu di sana".

Begitu juga dengan Bilal bin Rabah dijemur dan disiksa tetapi sentiasa sebut "Ahad"

Jangan ingat Allah hanya bila berada di masjid sahaja. Ingatlah Allah pada setiap masa dan keadaan.

Soalan:

Apakah kelebihan jika kita sentiasa sabar?

Jawapan:

Sabar adalah senjata orang mukmin. Dunia ini negara bala dan ujian. Dunia ini tempat penyelesaian masalah. Ada yang kata dunia ini seperti mengupas bawang, semasa kupas  mengalirair mata.

Hamka kata masa kita lahir kita menangis, orang sekeliling ketawa. Jangan pula ketika kita meninggal orang ketawa.

Kelebihan sabar:
  • Hati jadi tenang, bila sabar kita tak kelam kabut. Kita tidur pun lena sebab dah maafkan orang/ lupakan marah kepada orang.

  • Sentiasa dapat petunjuk daripada Allah SWT.

  • Apa jadi jika kita balik kita lihat bilik bersepah, lalu kita nak marah-marah kemudian kita dapati mak kita yang sepahkan, takkan nak marah. Begitulah jika Allah uji kita takkan kita nak marah/tak sabar.

  • Orang sabar akan tenang dalam beribadah.

  • Orang sabar akan dekat dengan Allah.

Soalan:

Adakah sifat sabar itu perlu dalam kesusahan sahaja?

Jawapan:

Sabar bukan setakat mendapat musibah sahaja. 

1) Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.
Contoh kita kena lawan nafsu mengantuk untuk bangun waktu subuh. Solat nampak mudah tapi jika tak sabar tak jadi. Nak khusyuk seperti orang bercinta juga perlu bersabar. Bayangkan jika kita bercinta kita boleh bersembang lama-lama. Jadi sabarlah dalam solat.

2) Sabar dalam menghindarkan maksiat. Sebenarnya nak tinggalkan maksiat lebih sukar daripada buat ibadah. Contoh nak berhenti mengumpat lebih sukar daripada memberi nasihat.

3)  Sabar ketika menghadapi musibah.

Soalan:

Bagaimana nak didik hati untuk bersabar?

Jawapan:

Ada 3 kaedah yang Rasulullah SAW bagi

  1. Hubung sillaturrahim kepada yang memutuskan sillaturrahim dengan kita. Orang yang baik ialah orang yang memulakan menyambung yang putus.
  2. Berikan kepada dia biarpun kita tak pernah dapat apa-apa daripada dia. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.
  3. Maafkan orang yang menzalimi kita.

Friday, February 1, 2013

Tanyalah Ustaz di TV9 - Tawakkal



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Tanyalah Ustaz Jumaat 01.02.2013 - Tawakkal (1)
Oleh Ustaz Dr Haji Zahazan Haji Mohamed

Soalan : Apakah maksud dan kepentingan tawakkal?

Jawapan : Tawakkal asal daripada perkataan ‘wakil’ iaitu menyerahkan urusan  kepada Allah SWT selepas berusaha.  Penyerahan ini berbentuk akidah dan bukanlah seperti penyerahan sesuatu kepada manusia yang boleh diambil balik. 

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis sahih; “Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka Allah SWT akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana diberikan rezeki kepada burung. Burung itu keluar pada waktu pagi dengan perut yang kosong, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut berisi. 

Kebiasaanya kita lihat para peniaga suka menggantungkan ayat seribu dinar di dinding, tetapi tidak mengamalkannya. Dengan cara begitu, keberkatannya takkan dapat diperolehi.

Soalan : Yang mana satu yang betul, usaha dahulu baru bertawakkal atau bertawakkal tanpa berusaha?

Jawapan : Usaha dahulu dan kemudian serahkan kepada Allah iaitu bertawakkal, seperti yang telah diceritakan dalam kisah sahabat yang masyhur, yang meninggalkan unta tanpa diikat dan hanya ingin bertawakkal. Rasulullah SAW menegurnya agar mengikat unta terlebih dahulu barulah bertawakkal. Orang yang bertawakkal tanpa berusaha ialah orang yang malas.

Soalan : Bagaimana pula jika berusaha tapi tidak yakin dengan usahanya?

Jawapan :Yakin kepada Allah adalah satu tahap yang sangat tinggi. Orang yang kuat, tinggi keyakinannya, manakala orang yang lemah pula sangat rendah keyakinannya. 

Ada satu kisah seorang yang mendapat gaji sebanyak 600 dinar, dan sebelum sampai di rumahnya, dia telah habis memberikan kepada semua orang. Dia sangat yakin yang pemberiannya itu akan diganti oleh Allah. Pada malam hari, ada orang yang tak dikenali datang memberikan wang tersebut kepadanya. Seorang sahabatnya ingin  meniru tetapi tidak mendapat balasan yang serupa kerana dia kurang yakin. Oleh itu, yakinlah dengan bantuan Allah. Jangan meragui Kekayaan Allah. Allah Maha Tahu apa yang kita minta itu sesuai atau tidak.

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis sahih, “Dimakbulkan doa kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa”. Sahabat bertanya, “Apa maksud tergesa-gesa”. Rasulullah SAW menjawab, “Dia berdoa dan berkata bila nak dapat”. Dengan kata lain, dia meragui apa yang ada di sisi Allah SWT. Allah bersifat pemalu untuk tidak memakbulkan doa seorang hamba. Oleh itu, teruskan berdoa dan yakin Allah pasti makbulkan apa yang terbaik untuk kita.

Soalan : Jika seseorang yang sakit sudah banyak berusaha tetapi masih belum sembuh, bolehkah dia berhenti dan bertawakkal sahaja?

Jawapan : Prinsip utama yang perlu diingati ialah kesakitan merupakan kaffarah kepada dosa yang pernah kita lakukan. Terdapat pelbagai kefahaman dalam menghadapi ujian Allah. Ada ketikanya kita harus sedar kesakitan itu adalah untuk menghapuskan dosa dan sebagai tanda bahawa Allah mengasihi kita. Sesungguhnya hanya orang terpilih sahaja yang akan diberi ujian dan tanggungjawab yang lebih. Sebagai tamsilan, katakan kita ada seorang anak yang sangat dipercayai, jika kita keluar, kita akan berpesan macam-macam kepadanya, contohnya: matikan suis elektrik, tutup pintu dan sebagainya, kerana kita yakin dia dapat melakukannya.

Banyakkanlah  bangun tahajjud dan bermunajat pada malam hari. Sepanjang mana sekalipun penderitaan kita, pasti tak akan sampai 100 tahun pun. Daripada kita bercerita kepada orang sekeliling, lebih baik kita mengadu kepada Allah.


Soalan : Adakah setiap penyakit berlaku kerana dosa yang dilakukan?

Jawapan : Mungkin ada kebenarannya, tetapi tetap perlu berusaha untuk mengubatinya dan berbaik sangka dengan Allah. Penyakit yang dihadapi boleh menjadi asbab kaffarah dosa yang pernah dilakukan, dan boleh menginsafkan kita agar berubah menjadi lebih baik. Hendaklah kita bersangka baik kepada Allah, dan berikhtiar mengubatinya. Apa juga pemberian Allah, redhalah. Ada kemungkinan dahulu kita pernah berdosa, pernah mengambil hak orang lain dan Allah berikan ujian untuk menghapuskan dosa kita.

Soalan : Bolehkah keluar berdakwah dengan meninggalkan keluarga tanpa memberi nafkah dan cuma bertawakkal sahaja?

Jawapan : Itu salah, bertawakkal perlu selepas berusaha. Memberi nafkah adalah wajib.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)