Sumber Gambar |
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya
menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui
perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak
asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh: pada waktu ini alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang
dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita
cungkil akan rahsia diperintahkan solat pada awal waktu. Bermulanya saja
azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang
tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Waktu Zohor : Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang
sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar ni jasad dan roh
seseorang ini terpisah (tidur). Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan pada waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana
banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan,
pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam
sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh
berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan
warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan
frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat
cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichi dan seumpamanya .
No comments:
Post a Comment