Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Kisah di bawah ini diambil daripada FB Pencinta Rasulullah(saw)
Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
menceritakan sebuah kisah seorang pemuda yang tidak mahu membeli kenderaan
seperti unta dan haiwan-haiwan lain untuk memudahkannya ke masjid semata-mata
kerana ingin mendapat ganjaran atas setiap langkah tapaknya ke masjid.
Pada suatu pagi hujan turun dengan lebatnya, pemuda itu ingin menunaikan solat
subuh ketika itu lalu nafsunya berkata kepadanya agar menunaikan sahaja
solatnya di rumah.
Dia bersetuju namun dia berasa sangat serba salah untuk solat subuh di masjid
kerana kebiasaanya dia solat di masjid lalu dia bertekad untuk ke masjid. Dia
mengambil sebatang payung lalu merentasi hujan lebat di subuh hari itu untuk ke
masjid, namun malangnya dia terjatuh ke dalam lubang lalu habis basah semua
jubah dengan lumpur-lumpur. Lalu dia kembali pulang ke rumah untuk menukar
jubahnya dan berazam untuk lebih berhati-hati pada perjalanannya yang kedua
sebentar lagi.
Setelah menyalin semua pakaiannya, untuk kali kedua dia pergi ke masjid
meredahi hujan yang lebat dan kali ini dia lebih berhati-hati, dia berjalan
dengan penuh berhati-hati termasuklah pada tempat yang dia terjatuh tadi namun
dalam berhati-hati itu malangnya dia tergelincir di dalam longkang. Sekali lagi
habis semua pakaiannya kotor dan basah. Dia kembali ke rumah untuk menukarkan
pakaiannya, dia ingin menunaikan solat subuh di rumah sahaja namun dia berasa
amat bersalah. Sekali lagi untuk kali ketiga dia meredahi hujan lebat untuk ke
masjid.
Pada kali ketiga, dia berjalan dengan lebih berhati-hati dan penuh perhatian
supaya dia sempat sampai di masjid dan solat berjemaah. Dia memerhatikan setiap
halangan dan tempat-tempat yang dia tergelincir tadi agar tidak terjatuh lagi
seperti sebelum-sebelum ini.
Namun dia sekali lagi terjatuh, tetapi pada kali ini ada seorang pemuda cepat
mencapai tangannya dan menyelamatkan dia daripada terjatuh dan membawanya ke
masjid. Dia berterima kasih kepada pemuda itu dan menceritakan bahawa dia sudah
dua kali tergelincir dalam perjalanannya ke masjid sebelum ni.
Setelah selamat tiba di masjid, pemuda itu terus pergi dan tidak solat subuh di
masjid itu. Pemuda yang ditolong itu berterima kasih kepadanya namun dia berasa
hairan, siapakah pemuda itu ??
Lalu dia kembali mengejar pemuda yg menolongnya dan bertanya siapakah dia?
pemuda itu berkata: "Aku adalah syaitan"
Dia amat hairan dengan jawapan itu, mana mungkin syaitan menolongnya ke masjid
sedangkan syaitan ialah makhluk yang jahat.
Lalu syaitan berkata: "Engkau tahu tak pada kali pertama engkau terjatuh
dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid, Allah
telah mengampuni semua dosa kau."
"Pada kali yang kedua engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan
perjalanan engkau ke masjid, Allah telah mengampuni dosa semua ahli keluarga
kau."
"Dan pada kali ketiga jika engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan
meneruskan perjalanan ke masjid, Allah akan mengampuni semua dosa penduduk
kampung ini."
"Aku tidak sanggup melihat Allah mengampuni dosa semua penduduk kampung
ini oleh kerana itu aku membantu engkau ke masjid."
Begitulah kisah yang dinukilkan oleh Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
berkaitan dengan besarnya ganjaran-ganjaran ke masjid.
Semoga dengan kisah ini akan membangkitkan semangat kita untuk ke masjid dan
beristiqamah solat jemaah di masjid.
Wallahu a’lam
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
1 comment:
Harrah's Cherokee Casino Resort - MapYRO
Compare reviews, photos & menus at Harrah's 목포 출장안마 Cherokee Casino Resort 김천 출장샵 in 계룡 출장샵 Cherokee, NC. See restaurant menus, 평택 출장마사지 reviews and request a quote for a 전주 출장샵
Post a Comment