Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
Tanyalah Ustaz Jumaat 04.02.2013 - Indahnya Sabar (1)
Oleh Ustaz Elyas Ismail
Muqaddimah :
Bacaan ayat-ayat al-Quran Surah al-Baqarah ayat 153 - 157
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Al-Baqarah 2:154)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."(Al-Baqarah 2:156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (Al-Baqarah 2:157)
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa
yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam
agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Amat malang jika sudah tua masih lagi tidak faham agama.
Dalam ayat-ayat di atas ada 5 tip yang Allah berikan untuk kita fahami
1) Jika kita nak pertolongan Allah kita hendaklah sabar dan dirikan solat.
2) Orang-orang yang mati syahid sentiasa hidup di sisi Allah.
3) Allah uji kita dengan perasaan takut (contoh nak belajar jauh di negara yang tak aman akan timbul rasa takut), lapar (jika nak tahu orang tu sabar atau tidak lihatlah ketika dia lapar - ketika membeli makanan sanggup potong que).
4) Bila kita diuji Allah ajar kita baca istirja (Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun). Ini bukan untuk kematian sahaja tetapi untuk apa sahaja ujian.
5) Jika ingin dapat petunjuk daripada Allah SWT, pra-syaratnya ialah sabar.
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan sifat sabar?
Jawapan:
Bila cakap tentang sabar, Allah SWT telah mengajar kita bahawa jika kita ingin berjaya kita kena sabar.
Nabi kata sabar itu umpama sinar matahari.
Selalunya bila nak sabar kita rasa panas. Dikaitkan sabar dengan matahari kerana orang yang sabar diibaratkan seperti matahari yang panas membahang tetapi panas matahari itu dapat menyuburkan tanam-tanaman di atas muka bumi.
Ini nak menunjukkan bahawa orang yang sabar itu subur jiwanya.
Bila musibah menimpa seolah-olah kegelapan melanda. Jadi bila sabar cahaya dapat menyinari. Contoh apabila rasa nak marah terhadap anak-anak kita sabar lalu berfikir kenapa anak jadi seperti ini maka tak jadi marah. Allah SWT lebih lagi Maha Penyabar (as-Sabuur).
Orang yang sabar akan dapat banyak ganjaran. Perhatikan cicak, cicak tidak dapat terbang tetapi makanannya terdiri daripada binatang yang terbang. Allah berikan cicak lidah yang panjang.
Soalan:
Setiap kali ditimpa musibah adakalanya sabar adakalanya tidak. Bagaimana?
Jawapan:
Ada 4 tip atau kaedah menanganinya
- Ingat satu ketika nabi ditanya apa itu iman. Nabi jawab iman itu sifatnya sabar dan dapat memaafkan (let go let God) biarlah berlalu dan serah kepada Allah SWT. Ingatlah kisah Rasulullah SAW yang sering dilemparkan duri oleh seorang wanita, bila wanita itu sakit nabi ziarah menyebabkan wanita itu bersyahadah.
- Sebelum tidur malam maafkan semua orang. Dengan pasangan kita adalah lebih baik kita pegang erat tangan masimg-masing supaya ada sentuhan dan minta pasangan kita rating kita. Tanya skala kemudian ikhlaskan dan redha supaya pasangan masing-masing akan memperbaiki diri.
- Ingat Pak Hamka dalam Ihya Ulumuddin ada menyebut marah itu adalah salah satu pintu syaitan.
- Bila ada org sebelah anda nak marah suruh dia buat teknik pernafasan 2, 3 dan 4 , tarik nafas 2 saat tahan selama 3 saat kemudian lepaskan 4 saat..sebtlah Allah selepas lepaskan nafas.. InsyaAllah tak jadi marah.
Soalan:
Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan berpesan-pesan dengan kesabaran?
Jawapan:
Kita yang berpesan-pesan ni pun kena sabar.
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman". (Adz-Dzaariyaat 51:55)
Maksudnya orang-orang yang beriman sahaja yang mudah menerima nasihat. Bila menerima peringatan akan berbekas di hati orang-orang beriman.
Iman kena kuat, Bila kita lihat sirah, bagaimana Sumayyah dan keluarganya disiksa teruk, nabi kata kepada mereka "Sabarlah keluarga Yasir, Syurga menanti kamu di sana".
Begitu juga dengan Bilal bin Rabah dijemur dan disiksa tetapi sentiasa sebut "Ahad"
Jangan ingat Allah hanya bila berada di masjid sahaja. Ingatlah Allah pada setiap masa dan keadaan.
Soalan:
Apakah kelebihan jika kita sentiasa sabar?
Jawapan:
Sabar adalah senjata orang mukmin. Dunia ini negara bala dan ujian. Dunia ini tempat penyelesaian masalah. Ada yang kata dunia ini seperti mengupas bawang, semasa kupas mengalirair mata.
Hamka kata masa kita lahir kita menangis, orang sekeliling ketawa. Jangan pula ketika kita meninggal orang ketawa.
Kelebihan sabar:
- Hati jadi tenang, bila sabar kita tak kelam kabut. Kita tidur pun lena sebab dah maafkan orang/ lupakan marah kepada orang.
- Sentiasa dapat petunjuk daripada Allah SWT.
- Apa jadi jika kita balik kita lihat bilik bersepah, lalu kita nak marah-marah kemudian kita dapati mak kita yang sepahkan, takkan nak marah. Begitulah jika Allah uji kita takkan kita nak marah/tak sabar.
- Orang sabar akan tenang dalam beribadah.
- Orang sabar akan dekat dengan Allah.
Soalan:
Adakah sifat sabar itu perlu dalam kesusahan sahaja?
Jawapan:
Sabar bukan setakat mendapat musibah sahaja.
1) Sabar dalam mentaati perintah Allah SWT.
Contoh kita kena lawan nafsu mengantuk untuk bangun waktu subuh. Solat nampak mudah tapi jika tak sabar tak jadi. Nak khusyuk seperti orang bercinta juga perlu bersabar. Bayangkan jika kita bercinta kita boleh bersembang lama-lama. Jadi sabarlah dalam solat.
2) Sabar dalam menghindarkan maksiat. Sebenarnya nak tinggalkan maksiat lebih sukar daripada buat ibadah. Contoh nak berhenti mengumpat lebih sukar daripada memberi nasihat.
3) Sabar ketika menghadapi musibah.
Soalan:
Bagaimana nak didik hati untuk bersabar?
Jawapan:
Ada 3 kaedah yang Rasulullah SAW bagi
- Hubung sillaturrahim kepada yang memutuskan sillaturrahim dengan kita. Orang yang baik ialah orang yang memulakan menyambung yang putus.
- Berikan kepada dia biarpun kita tak pernah dapat apa-apa daripada dia. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.
- Maafkan orang yang menzalimi kita.
No comments:
Post a Comment