Thursday, March 31, 2011

Kanan VS Kiri

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini alhamdulillah dapat membeli beberapa buah buku. Salah satunya ialah Tuhan Itu Dekat. Sempat menyelak beberapa halaman dan terbaca satu kisah jawapan  logik Tengku Kudin kenapa makan dengan menggunakan tangan kanan.

Kisah ini berlaku pada akhir abad ke-19. Tengku Kudin ialah salah seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes. 

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"  

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab: 

Pertama: Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih. 

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya. 

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: 

"Janganlah seseorang kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya." (Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i daripada Abdullah bin Umar)

Mengapa tidak mahu makan dengan menggunakan tangan kanan? Cacat atau kudung? Hendak kata lumpuhpun tidak tetapi mahu menyuap dengan tangan kiri. Di manakah logiknya. Barangkali mahu meniru gaya makan orang-orang yang dikatakan moden dan maju?

Puncanya adalah daripada dalaman, ada sifat sombong di sana. Sifat yang mengeluarkan Iblis daripada syurga.

Daripada Salamah bin al-Akwaa' bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah SAW dengan tangan kirinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda : "Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu." Lelaki itu menjawab, "Aku tidak berupaya berbuat demikian". Baginda bersabda lagi, : "Kamu tidak berupaya?" Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong." Salamah berkata : "Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya (cacat selamanya) (HR Muslim)

Islam banyak sekali menyaran kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan mendahulukan tangan (dan kaki) kanan bagi perkara-perkara yang baik. Jika kita mematuhi saranan Islam Allah akan beri ganjaran. Janganlah ikut telunjuk syaitan yang mengajak kita terjerumus ke dalam perangkapnya.

Memantapkan Iman


Kejadian alam asas pemantapan iman
Oleh Mohd. Farid Md. Alias

 File 13736

Bencana alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada siapa pun yang dapat mengekangnya.

Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi 'padang jarak padang tekukur' apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat.

Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat Jepun yang masih trauma dengan kejadian itu, semangat meneruskan kehidupan seperti biasa dan bangkit daripada musibah ini adalah luar biasa.

Mereka tidak terus menerus bersedih atas kejadian itu, bahkan saintis jepun mengambil langkah segera mengkaji kejadian tersebut agar pencegahan awal atau sistem amaran awal dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Sikap ini memberi makna bahawa mereka sangat memandang tinggi keperluan mengkaji hubungan alam dengan manusia. Menginsafi sikap mereka, orang Islam seharusnya insaf bahawa ilmu kejadian alam sebenarnya adalah ilmu daripada Allah yang terkandung hikmah.

Penerokaan ilmu yang tidak terbatas melalui akal yang terbatas menuntut keyakinan besar kepada kebesaran Allah.

Sesuatu yang tidak diketahui oleh akal tidak bermakna ia tidak ada. Keyakinan manusia bahawa Allah itu Maha Perkasa memberikan asas iman dalam diri manusia.

Memahami keterbatasan manusia
Segala usaha manusia untuk mengetahui kebesaran Allah melalui alat tidaklah salah kerana al-Quran memberikan asas bahawa penerokaan langit dan bumi hanya boleh berlaku dengan alat, kemudahan atau teknologi.

Surah Al-'Alaq memberikan asas ilmu, sains dan teknologi yang amat nyata kepada orang-orang Islam. Ayat ke 3-5 memberikan pedoman mengenai pentingnya qalam iaitu alat atau teknologi yang merintis penerokaan ilmu.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq [96] : 3 -5

Ia merupakan alat dan teknologi bagi mengetahui sedikit mengenai rahsia kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada daya cipta-Nya terhadap alam ini.

Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini telah ditundukkan Allah untuk keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna (Ibrahim: 32)
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). (Ibrahim 14:32)

Penerokaan terhadap alam bumi dan alam angkasa lepas memberikan manusia ilmu dan maklumat. Daripada ilmu dan maklumat menjadikan manusia lebih rasional memahami makna alam dan kejadian.

Inilah asas ulul-albab yang terdapat di dalam Al Quran dan pendekatan tadabbur yang mendorong manusia mengkaji, berfikir, menyelidik dan akhirnya mendidik mereka menjadi orang-orang yang bertakwa.

Surah ali-'Imran ayat 190 misalnya menyebutkan bahawa hikmah kejadian penciptaan langit dan bumi serta putaran siang dan malam terhadap orang-orang yang berakal dan berfikir.
 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (A-li'Imraan 3:190

Allah juga memberi asas pedoman kepada manusia supaya sentiasa mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam. Namun begitu, sering al-Quran mengingatkan manusia bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam yang sangat luas ini supaya manusia selalu melihat dan mengamati alam tersebut untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersimpan di dalamnya (al-Mukmin/Ghaafir: 57) . 
Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui. (Ghaafir 40:57)

Islam menjadi lebih menarik di Barat kerana ia didekati secara ilmu dan saintifik dan ia memberi tanda untuk suatu kebangkitan.

Maurice Bucaille, dalam bukunya bertajuk Al-Quran dan Sains Moden menceritakan dengan banyak tentang keakraban kitab al-Quran dalam dunia sains moden.

Beliau menyebut tentang sebuah kitab yang mampu menceritakan kejadian-kejadian sains yang hanya diteroka pada zaman moden. Walaupun al-Quran bukan kitab saintifik, tetapi pedoman-pedoman saintifik di dalamnya memandu tradisi keilmuan berkembang dengan mengambil kira faktor keinsanan, sains dan teknologi supaya manusia menjadi lebih manusiawi.

Keserakahan
Alam ini terlalu luas untuk dikaji dan keupayaan manusia mengkaji alam amat terbatas. Keterbatasan itu memadai untuk manusia memahami makna hidup dan kehidupan. Kehidupan akan lebih bermakna sekiranya pedoman agama dijadikan landasan.

Sekiranya manusia memberi fokus kepada aspek fizik semata-mata maka manusia akan hanya terdorong untuk mengkaji fenomena dan bukan hikmah fenomena tersebut.

Justeru penerokaan sains dan penghasilan teknologi tidak saja memberi manfaat tetapi melahirkan kebimbangan terhadap nasib manusia.

Hubungan antara manusia dengan alam sentiasa berubah, seiring perkembangan teknologi, informasi dan industrialisasi.

Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan bagaimana bumi dan manusia dirosakkan oleh keserakahan kuasa-kuasa yang menguasai teknologi terhadap kuasa yang belum menguasai teknologi.

Perubahan dan evolusi dalam bidang sains dan teknologi memberi impak yang mendalam dalam perlumbaan menjadi yang terhebat.

Perubahan dalam tradisi Islam sebaliknya berlaku dalam dua cara.
Pertama yang bersifat bentuk atau zahiriah, ia seperti teknologi yang fungsinya adalah mekanistik, manakala yang satu lagi adalah isi (substance) yang menggambarkan perubahan dalaman dan berada dalam keadaan fitrah.

Yang fitrah adalah sesuatu yang serasi dalam kehidupan, berbuat baik umpamanya adalah sesuatu yang fitrah, memberi manfaat, berlaku adil dan amanah juga adalah sesuatu yang fitrah.

Justeru, yang fitrah itu adalah inti sebenar dalam kehidupan, tidak kira walau apa jua anutan seseorang.

Sebagai contoh, perubahan mengambil kira bagaimana teknologi dilihat sebagai alat dan bukan matlamat. 

Perubahan yang berlaku ialah bagaimana teknologi dan alat diberikan asas dan nilai agama supaya nilai-nilai yang fitrah menjadi manfaat kepada manusia.

Komputer misalnya, bersifat mekanistik, lalu perisian dan programnya memberi makna sama ada mampu meningkat akal budi ataupun sebaliknya.

Manusia kadangkala kehilangan kearifan pada alam dan lingkungannya. Dengan makin berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, perlu kita akui secara jujur bahawa atas nama 'penalaran dan logik', secara sedar atau tidak kita telah mengikis budaya warisan luhur dalam memahami alam dan lingkungannya.

Teknologi digunakan untuk menakluk dan merosakkan alam. Manusia tidak lagi bergantung pada alam tetapi menguasai alam dengan dilandasi keserakahan.

Sekarang ini kuasa besar menggunakan justifikasi yang menolak peradaban manusia lalu menggunakan teknologi persenjataan canggih bagi meranapkan sesebuah negara atau sekelompok manusia yang dibenci supaya melutut kepadanya. Keadaan ini membuktikan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan dan etika sudah tidak lagi jadi pertimbangan.

Amat penting bagi seorang remaja memahami bahawa tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai had dan batasnya tersendiri.

Kejadian alam yang sempurna yang telah diciptakan untuk manusia dan isinya ini adalah untuk dinikmati secara adil dan saksama agar manusia sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.

Di dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah menjelaskan tentang golongan yang diberi nikmat dan kemudiannya tidak bersyukur atas pemberian Tuhan: Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
 
Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 14:34)

Justeru, kita seharusnya berusaha meningkatkan ilmu dan membangunkan potensi diri seiring dengan syariat Islam.


Nota:  

Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Jika Ia mahu, nescaya Ia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu. Dan (perlaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah. (Faatir [35] : 15 - 17)

Wednesday, March 30, 2011

bulan terbelah dua,


Umat pada zaman Rasulullah SAW dianggap sangat bertuah. Bukan sahaja mereka berpeluang bertemu dengan baginda namun mereka dapat melihat sendiri segala kejadian-kejadian mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda.

Ini termasuklah kejadian bulan terbelah dua, antara yang benar-benar berlaku dalam usaha Nabi Muhammad untuk menyakinkan kebenaran dakwah baginda itu.

Jika kita menjadi pengikut baginda ketika itu, tentu segala kejadian mukjizat yang berlaku akan menambahkan lagi keimanan atau kepercayaan kepada Allah SWT.

Namun, perkara seperti ini sukar diterima oleh puak-puak kafir Quraisy. Mereka tetap dengan sikap degil mereka.

Walaupun peristiwa Israk dan Mikraj tidak ada sebarang kesangsian, dengan segala macam bukti dan keterangan daripada al-Quran namun kedegilan tetap makin menebal!

Malah mereka sendiri kadang kala meminta baginda tunjukkan bukti! Kononnya dengan bukti tersebut mereka akan menyerah kalah kepada kebenaran.

Namun yang sebenarnya mempunyai niat yang busuk, kononnya Rasulullah tidak akan mampu menunjukkan sebarang bukti kerana yang diminta semuanya bersifat luar biasa dan tidak masuk dek akal.

Andai, bukti tersebut gagal ditunjukkan oleh baginda maka semakin galaklah mereka memusuhi dan mengeji Nabi.

Namun baginda tetap menyahut apa juga cabaran, asalkan mereka akhirnya percaya kepada keesaan Allah yang Maha Agung.

Iaitu pada suatu hari, sekumpulan pembesar Quraisy itu datang menemui baginda, iaitu di antara mereka termasuklah Al Walid Al Mughirah, Abu Jahal Hisham, Al As Wail, Al Aswad Muthalib, An Nadhru Al Harith.

Peristiwa ini dikatakan berlaku sebelum baginda melakukan hijrah ke Madinah dan diriwayatkan dalam banyak catatan sejarah sehinggalah mengikut sastera Melayu klasik sendiri, kisah bulan terbelah dua ini menjadi kisah-kisah penglipur lara yang popular.

Dalam Hikayat Nur Muhammad dan Nabi Bercukur dan Nabi Wafat misalnya, ada diceritakan mengenai kisah bulan terbelah ini, pada bahagian kedua dari tiga bahagian yang ada, iaitu: Hikayat Nabi Bercukur iaitu menceritakan mukjizat Nabi SAW, kisah bulan terbelah.

Hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam rumi dengan tajuk Bunga Rampai Sastera Melayu Warisan Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Para pembesar itu mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat yang mereka mahu melihat sendiri melalui mata kepala walaupun mereka sepatutnya telah beriman dengan pengalaman perjalanan Nabi Muhamad sepanjang Israk dan Mikraj itu yang lalu, adalah benar.

Mereka berkata, “Jika kamu seorang yang benar (seorang nabi yang diutuskan oleh Allah) belahkan bulan yang sedang mengambang penuh pada malam ini kepada dua bahagian”.

“Adakah jika permintaan ini dipenuhi, kalian berjanji untuk menerima dakwahku dan kita semua bersama-sama menyembah Allah, tuhan yang satu?” kata baginda pula.

Pembesar-pembesar itu pun menganggukkan kepala tanda bersetuju terhadap syarat yang Rasulullah berikan.
Lalu baginda pun berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi.

Sejurus kemudian tanpa disangka oleh para pembesar Quraisy itu mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh yang menghiasi langit pada malam itu bukan sahaja terbelah kepada dua bahagian.

Tetapi terpisah menjauhkan diri antara satu sama lain.

Separuh boleh dilihat di sebalik gunung di sebelah kiri dan separuh atau sebahagian bulan lagi dapat disaksikan berada pada sebalik gunung di sebelah kanan dengan keadaan masih bercahaya.

Bulan tidak lagi berbentuk bulat sebagaimana lazimnya!

Mereka yang menyaksikan dalam antara percaya dengan tidak, hampir-hampir tidak mendengar apabila baginda berkata; “Saksikanlah kejadian ini iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat yang dikurniakan Allah dan risalah kenabian yang Allah amanahkan kepadaku,”

Begitu pun setelah menyaksikan kejadian yang sungguh luar biasa itu pun, kalangan kafir Quraisy tidak menepati janji, mereka tidak mahu mempercayai apa tah lagi untuk menerima dakwah nabi.

Sedangkan kejadian bulan terbelah ini memang benar-benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan sains dan akal yang waras namun atas nama mukjizat, kelebihan yang diberikan kepada Rasulullah ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sebagaimana kebanyakan mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi sebelum Nabi Muhammad.
Ini termasuk mukjizat Nabi Isa a.s yang boleh menghidupkan orang yang telah mati, tiada sesiapa yang dapat pertikaikan lagi.

Walaupun pada hakikatnya, yang mati tetap akan mati, tidak mungkin akan hidup kembali.

Kejadian bulan terbelah dua ini sebenarnya disaksikan oleh seluruh penduduk Tanah Arab ketika itu malah sebenarnya seluruh semenanjung Tanah Arab termasuk negara-negara lain yang mengalami waktu malam pada hari kejadian tersebut.

Tetapi sayangnya, mereka yang meminta supaya ditunjukkan sebarang kejadian luar biasa, akhirnya mereka sendiri tidak mahu percaya walaupun bulan benar-benar telah terbelah di hadapan mata!

Kafir Quraisy sangat mengagumi melihatkan kejadian itu tetapi tetap tidak dapat menerima kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi.

Mereka percaya kejadian itu benar, tetapi dituduhnya pula baginda seorang ahli sihir yang berkebolehan untuk membelah bulan tersebut!

Ini sebagaimana disebutkan dalam al-Quran; Telah hampir datangnya masa itu dan bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka berpaling lalu berkata: “Ini adalah sihir yang luar biasa” dan mereka mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada ketetapannya. (al-Qamar: 1-3)

Sebenarnya tidak menghairankan jika mereka tidak percaya, malah membuat pelbagai pertikaian termasuk sihir dan sebagainya. Ini termasuklah Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikan kejadian itu walaupun melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.

Kerana itulah sifat degil yang dimiliki oleh kalangan kafir Quraisy, yang tidak mahu menyertai baginda kerana bimbang akan dipersendakan oleh mereka yang lain.

Sedangkan mereka juga bertanyakan kepada kafilah-kafilah yang selamat sampai ke Kota Mekah selepas berdagang di luar kota, adakah para pedagang itu juga melihat kejadian bulan terbelah itu semasa dalam perjalanan pulang itu.

Bulan terbelah dua
Masing-masing mengakui ada melihat kejadian bulan terbelah dua itu dan sangat tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.

Apabila mendengarkan itupun, kalangan kafir Quraisy masih enggan untuk mempercayai Nabi Muhammad. Sedangkan jika baginda melakukan sihir, tentunya yang disihir hanya penduduk Mekah atau kalangan kafir Quraisy itu sahaja tidak mungkin melibatkan sehingga ke kawasan luar Kota Mekah.

Walau apa pun, kejadian yang sedemikian luar biasa, sebagai tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung dan Maha Esa, langsung tidak dapat diterima oleh musuh-musuh baginda.

Pastinya kekecewaan menjalar masuk ke hati baginda walaupun ia begitu menguatkan lagi keimanan kepada para pengikut baginda yang setia dan taat.

Para pengikut baginda malah sesiapa pun sebenarnya mungkin agak ketakutan apabila tanpa disangka bulan boleh terbelah dua, tetapi mujur sahaja objek yang menerangi malam itu bercantum semula.

Namun, pengajarannya menunjukkan bahawa Allah itu sangat berkuasa, boleh melakukan apa sahaja; kun faya kun!

Tiada tandingannya dan sebagai hamba-hamba-Nya sewajibnya kita sujud dan menginsafi diri.

- UTUSAN 



 

 

 

 

 Sumber Gambar : www.tayibah

Hujan Yang Turun

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi. Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka? "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit
dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Wallahua'lam.......

Sumber : Bujang Susah

Betapa Mulianya Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Manusia merupakan sekepal tanah di bumi. Daripada bumi asal kejadiannya, di atas bumi dia berjalan, daripada bumi dia makan dan ke dalam bumi dia kembali. Ini adalah pendapat kaum materialis. Pada pandangan mereka manusia ini tidak lebih daripada kumpulan daging, darah, urat, tulang, urat-urat darah dan alat pencernaan. Mereka menganggap akal dan fikiran hanyalah benda yang dihasilkan oleh otak.

Jadi mereka menganggap tidak ada bezanya dan tidak ada keistimewaan antara manusia dengan benda2 atau makhluk lain, sehinggakan ada yang menganggap bahawa manusia berasal daripada kera, mengalami tempoh yang lama berubah jadi manusia. Pendapat ini seolah2 manusia adalah makhluk yang rendah, hina sama seperti haiwan yang hidupnya hanyalah memenuhi keperluan dan kepuasan kebendaan semata-mata.

Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. (Al-Jathiyah [24] : 24)

Namun bagi orang2 beriman; manusia adalah makhluk yang mulia, terhormat di sisi Allah, diciptakan dengan bentuk yang amat baik dan sesudah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya, para malaikat disuruh memberi hormat kepadanya, diberikan ilmu pengetahuan, kemahuan dan dijadikan khalifah (penguasa) di bumi. Segala apa yang ada di bumi dan langit dan antara keduanya bekerja untuk kepentingan manusia. Kepada manusia juga diberikan hikmah. Alam ini untuk manusia dan manusia dicipta untuk berkhidmat kepada Allah.

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah [2] : 29)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (az-Zariyat [51] : 56)

Walaupun manusia ini bentuknya kecil dan bersifat lemah namun mempunyai kekuatan jiwa, daripada segi umur pula seolah2 satu perjalanan yang panjang tetapi kematian bukanlah merupakan titik akhir perjalanan hidup manusia. Mati hanyalah titik perhentian untuk perpindahan daripada perjalanan yg sangat jauh menuju satu tempat yang kekal abadi.

"...Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk). (73)

Kemuliaan manusia disebut di dalam al-Quran dalam beratus-ratus ayat bahkan dalam 5 ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw ada menyebut tentang kejadian manusia dan hubungannya dengan Pencipta.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) (al-'Alaq [96] : 1 -5 )

Manusia itu dekat dengan Allah dan Allah juga dekat dengan manusia. Tidak ada batas dan tidak ada pengantara yang menghalangi hubungan antara manusia dengan Pencipta. Demikianlah darjat manusia di sisi Tuhannya.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah [2] : 186)

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaf [50] : 16)

Pintu rahmat sentiasa terbuka luas kepada manusia. Manusia dapat meminta dan menerima kurnia Allah setiap waktu tidak terbatas. Hadis Qudsi ada menyebut:

Aku (Allah) menurut anggapan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersama dengan dia, apabila dia menyebut (mengingati) Aku. apabila dia menyebut Aku sendirian, nescaya aku menyebutnya sendiri sahaja. Dan kalau dia menyebutku di hadapan orang ramai, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang ramai yang lebih baik. Kalau dia mendekatiKu sejengkal, nescaya Aku mendekatinya sehasta. Kalau dia dekat kepadaKu sehasta, nescaya Aku dekat kepadanya sedepa. Dan kalau dia berjalan kepadaKu dengan berjalan kaki (perjalanan biasa) nescaya Aku datang kepadanya dengan berlari (lebih cepat).

Betapa mulianya kita bila membaca perenggan2 di atas, namun adakah kita meletakkan diri kita di tempat selayaknya?.. tepuk dada tanyalah iman kita...

Mari kita lanjutkan lagi; apa pandangan malaikat terhadap manusia;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah [2] : 30)

Kedudukan yang tinggi ini diharapkan dapat dipikul oleh para malaikat, kerana mereka sentiasa taat dan bertsabih kepada Allah sedangkan manusia berbuat kerosakan; namun apabila tugas berat ini diberikan kepada manusia dan malaikat diminta memberi hormat dan memberikan segala bantuan, mereka patuh.

Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah; (71)Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (72) (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. (73) Melainkan Iblis; dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia dari golongan yang kafir. (74)(Sad [38] : 71 - 74 )

Betapa mulianya manusia. Iblis yang menderhaka kerana sombong dan dengki kepada manusia dihukum oleh Allah. Diusirnya daripada taman syurga. Begitulah hukumannya kerana tidak mahu mengaku kemuliaan manusia.

Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. (77) Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat! (78)(Sad [38] : 77 - 78 )

Bukan itu sahaja; Allah berikan kepada manusia, kekuatan, kekuasaan dan kemampuan untuk memanfaatkan seluruh alam yang diatur dan disusun oleh Allah sebanyak mungkin. Kemajuan teknologi benar2 membuktikannya.

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). (32) Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. (33)Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (34) (Ibrahim [14] : 32 - 34 )

Allah menganugerahkan kemuliaan dan darjat yang tinggi kepada manusia, memberikan keupayaan membina alatan pengangkutan di darat, laut dan udara untuk memindahkan orang dan barang dari satu tempat ke satu tempat. Allah juga memberikan keupayaan kepada manusia untuk memindahkan ilmu dan budaya.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (al-Isra' [17] :70)

Mulianya manusia adalah dengan IMAN, bertambah kemuliaan bila bertambah keimanan, kerana orang yang termasuk ke dalam golongan orang2 beriman disebut sebagai umat yang terpilih dan dilahirkan untuk kebaikan manusia lainnya, berkat keimanannya juga dia mendapat tambahan kemuliaan;

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ali-Imran [3] : 110)

Berbanggalah jadi manusia, jadilah manusia yang beriman, yang mempunyai harga diri, menjadi tuan dalam alam ini dan hanya menjadi hamba Allah. Jadilah seperti Bilal bin Rabah, jadilah seperti Rubi' bin Amir setelah iman meresap ke dalam jiwa mereka tiada gentar lagi. Sedarlah diri, janganlah masih teraba-raba dalam kegelapan.

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (al-An'am [ 6 ] : 122)

Janganlah biarkan hidup kosong kerana orang2 beriman tidak akan membiarkan hatinya kosong. Jangan biarkan diri menjadi seperti haiwan. Sedarlah bahawa seluruh alam ini berkhidmat kepada kita dan para malaikat sentiasa mengawasi serta ALLAH selalu bersama kita.

Syarikat Keluar Debu Tayammum


DALAM surah An-Nisa ayat 28 Allah berfirman: Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.

Pasukan Mobile Sertu hanya mengambil masa 15 minit untuk menyiapkan kerja-kerja menyamak sesebuah kontena.


Justeru, tidak hairan apabila ada antara urusan ibadat kita, antaranya solat, adalah dikecualikan kepada perempuan yang haid dan nifas. Puasa dikecualikan kepada orang sakit berpanjangan.

Ibadat haji pula tidak diwajibkan kepada yang tidak berkemampuan, peperangan dikecualikan kepada orang sakit, lemah, buta dan sebagainya.

Begitu jugalah halnya dengan rukhsah (keringanan) sesuatu tanggungjawab ibadat mengikut kadar kemampuan dan kudrat seseorang tanpa adanya kesusahan seperti orang yang lemah untuk bersolat sambil berdiri dibenarkan solat dalam keadaan duduk. Harus mengqasar dan menjamakkan solat bagi musafir dan diharuskan juga berbuka puasa Ramadan tetapi diqada kemudiannya.

Rukhsah atau keringanan ini juga terangkat dalam urusan membersihkan anggota badan atau barangan dalam urusan samak (sertu) daripada najis mughallazah (berat) yang terkena pada anggota badan, barangan atau harta miliknya. Serta bertayamum bagi menggantikan wuduk sekiranya ketiadaan air atau kekurangan air atau tidak boleh berwuduk atas nasihat doktor disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang tidak boleh terkena air.

Dalam hal samak Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Cara menyucikan bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah. (riwayat Muslim)

Di dalam surah al-Maidah ayat 6, Allah berfirman yang bermaksud: ...Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi hadas), maka bertayamumlah dengan tanah debu yang baik (bersih iaitu sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (menyucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Sudah terang kepada kita akan bukti kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya. Meskipun nampak mudah untuk dilaksanakan sama ada dalam urusan samak mahupun tayamum, apatah lagi negara kita Malaysia jarang mengalami krisis bekalan air.

Hakikatnya, ramai umat Islam kita memahami dan mengetahui mengenai tayamum dan samak ini tetapi tidak kurang juga bilangannya yang memandang enteng atau meremehkan hal ini dengan pelbagai alasan yang ada di antaranya seperti tidak boleh diterima akal yang waras.

Terpanggil serta merasakan inilah tanggungjawab setiap Muslim, lebih-lebih lagi mengetahui bahawa suci (taharah) adalah anak kunci dan syarat sah solat maka MIFF Marketing (M) Sdn. Bhd., syarikat pengeluar debu tanah liat memperkenalkan produk khas dikenali Clay Miff yang mengandungi 100 peratus kandungan tanah liat.

Pengarah Urusannya, Ab. Razak Ab. Hadi, 39, berkata, tujuan utama adalah menyediakan satu produk penyelesaian masalah untuk umat Islam Malaysia, khasnya di mana dalam keadaan tertentu mengkehendaki samak atau bertayamum sebelum dapat menunaikan ibadat fardu atau sunat.

Islam tidak menyusahkan hidup umatnya. Dengan adanya debu tayamum itu, pengguna boleh membawa botol ini ke mana sahaja dan cara menggunakannya juga amat ringkas serta mudah.

Kata beliau, pengguna hanya perlu menaburkan debu yang dibungkus umpama bedak tepung ini di atas kertas bersih sebelum melaksanakan tayamum.

"Saya masih ingat waktu mula-mula membawa produk ini ke hospital, saya pernah bertanya kepada seorang pesakit bagaimana dia bertayamum. Jawapannya agak mengejutkan saya, iaitu dengan menggunakan debu habuk yang ada di mana-mana permukaan di sekitar dirinya.

"Kalau kita teliti betul-betul, apa yang difahami oleh pesakit itu tadi kurang tepat dan ini boleh menyebabkan perbuatannya itu satu kerugian.

"Ini kerana, bab berkaitan agama kita tidak boleh ambil mudah sahaja, apa lagi yang berkaitan dengan amal ibadat," kata Ab. Razak ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya, Mohd. Noorzaini Maarof menegaskan, kalau sebelum ini bab halal lebih dikaitkan dengan penyediaan produk makanan dan minuman tetapi apabila kerajaan memperkenalkan halal logistik ramai yang tertanya-tanya apakah maksudnya.

Katanya, selain menyediakan debu tanah liat untuk tayamum, MIFF Marketing juga menawarkan perkhidmatan sertu atau samak menggunakan produk tanah liat dan kaedah yang menepati syariat agama dan memenuhi fardu kifayah.

Apatah lagi, Islam adalah agama yang menekankan aspek inovasi dan kreativiti dalam menangani masalah yang timbul.

"Kalau dahulu ada banyak kekangan dalam melaksanakan kewajipan ini tetapi dengan adanya kepakaran dan teknologi, kita boleh mencipta sesuatu yang diyakini tidak menyalahi hukum agama sebaliknya memberi manfaat serta kemudahan kepada semua dalam beribadat.

"Pada peringkat permulaan, kami banyak melakukan perkhidmatan sertu untuk restoran, rumah dan kilang bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada unsur meragukan.

"Terkini, pihak kami mendapat permintaan daripada syarikat antarabangsa yang menyediakan khidmat penyewaan kontena.

"Pelanggan tidak perlu risau kerana proses ini kami jalankan dengan pemantauan dan kerjasama dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum melayakkan menerima sijil pengesahan," jelasnya.

Kata Ab. Razak, pihaknya juga mempunyai panel-panel syariah yang dilantik.

Daripada situlah perkhidmatan syarikatnya mula berkembang dan pada masa sama, ia bukan sahaja menimbulkan kesedaran kepada umat Islam tetapi juga kepada bukan Islam bahawa halal bukan sahaja berkait rapat tentang sumber bahan makanan itu tetapi peralatan dan tempat yang bersih, suci lagi menyucikan.

Penggunaan teknologi baru
MEMAHAMI kesibukan orang ramai dan paling penting memudahkan pihak-pihak yang terlibat dengan permasalahan itu, MIFF Marketing menubuhkan pasukan bergerak yang diberi namaMobile Sertu.
Pasukan itu memang mengkhusus dalam bidang sertu dan mereka cukup cekap serta mempunyai kelengkapan alatan untuk menyamak bagi melancarkan kerja-kerja sertu dalam masa yang singkat.

"Perkembangan teknologi serta tuntutan Islam agar umatnya sentiasa kreatif dan inovatif turut diaplikasikan dalam kerja-kerja di mana kami menggunakan alatan yang dipanggil sertu water jet. Takungan air tanah disemburkan di kawasan yang hendak disamak sebelum melalui enam kali bilasan air mutlak.

"Di samping itu, kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat kami juga bersistem dan konsisten dalam penyediaan perkhidmatan.

"Selesai kerja menyamak, semuanya akan direkod dan kemudian kontena tersebut akan dilekatkan dengan pelekat sertu.

"Sijil sah sertu hanya sah sekali sahaja dan status kontena yang disertu terbatal sebaik saja kontena dibuka dan produk dikeluarkan. Ini kami berani memberi jaminan kerana ia sudah tertakluk di dalam undang-undang perkapalan," kata Ab. Razak.

Kecekapan Mobile Sertu ini terbukti dengan kemampuan mereka melaksanakan satu-satu tugasan dalam tempoh 15 minit untuk satu kontena.

Tuesday, March 29, 2011

Peliharalah Lidah

Bismillahirrahmanirrahim.

Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.

Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.” 


Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir
BH29/03/2011

Monday, March 28, 2011

Husnul Khatimah



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (AL'ANKABUUT 57).

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. (AL ANBYAA' 35)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (ALI 'IMRAN 185).

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan (nya). (YUNUS 49).

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (AL JUMU'AH 08).

Berikut ini sebagian kecil tanda-tanda seseorang mati dalam keadaan husnul khotimah :

1. Ditinjau dari kata-kata terakhirnya, apabila kata-kata terakhirnya adalah kalimah-kalimah toyyibah, maka itu tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.

Dari Mu`adz bin Jabal Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Barang siapa ucapan terakhirnya : La ilaha illallah, maka dia masuk surga" (HR Abu Daud & Al-Hakim).

Dari Anas bin Malik Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baiknya dzikir adalah La ilaha illallah dan sebaik-baiknya doa adalah Alhamdulillah" (HR At-Turmudzi & Ibnu Majah).

Karena itulah sunnah hukumnya membimbing orang yang sedang sakaratul maut untuk mengucapkan kalimat tahlil.

Dari Abi Sa`id Al-Hudri Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Bimbinglah orang mati kalian untuk mengucapkan La ilaha illallah" (HR Muslim).

2. Di tinjau dari aktifitas terakhirnya, apabila seseorang di masa-masa akhir hidupnya beribadah baik ibadah mahdho maupun ghoiru mahdho dan dia meninggal dalam keadaan beribadah atau usai menjalankan ibadah maka itulah tandanya dia mati dalam keadaan husnul khotimah.

Dari Ali bin Abi Tholib Ra, Dia berkata : "Suatu hari saya akan menunaikan sholat subuh di mesjid bersama Rasulullah Saw, tapi ditengah jalan aku bertemu dengan seseorang yang sudah renta juga mau ke mesjid untuk menunaikan sholat subuh, aku terus berjalan dibelakangnya, dan ketika kami berdua sampai di mesjid ternyata sholat berjamaah sudah usai, akhirnya aku sholat subuh berjamaah dengan kakek itu, dan ketika aku salam tahiyyat akhir si kakek tetap bersujud dan ternyata si kakek telah meninggal dunia, lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, bagaimana keadaan kakek ini di akherat?" Rasulullah menjawab, "Dia masuk surga" (HR Ahmad & Daruqutni).

3. Di tinjau dari hari terakhirnya (hari jum`at), begitu banyak orang-orang sholih yang meninggal dunia pada hari jum`at, karena mati pada hari jum`at adalah tanda kematian husnul khotimah.

Dari Ibnu umar Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tiada seorang muslim yang meninggal pada hari atau malam jum`at, kecuali Allah akan menyelamatkannya dari siksa kubur" (HR Ahmad & At-Turmudzi).

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Sebaik-baik hari adalah hari jum`at, karena pada hari jum`at itulah Adam di ciptakan. Pada hari jum`at ia di masukkan ke surga dan pada hari jum`at ia di keluarkan dari surga. Pada hari jum`at ia wafat dan tidak akan terjadi kiamat kecuali hari jum`at" (HR As-Syafi`I dan Ahmad).

4. Di tinjau dari kondisi terakhir fisiknya. Kita sering menyaksikan seseorang meninggal dengan kondisi tubuh yang tidak wajar seperti tubuh gosong, penuh dengan luka dan nanah, berbau busuk, keluar belatung, lidah menjulur dan mata melotot atau bahkan tidak ada yang mau memandikan, mengkafani dan mensholatkan dll. Seseorang yang matinya husnul khotimah tidak akan mengalami kejadian-kejadian seperti diatas, malah sebaliknya seperti wajah mayit terlihat tenang dan damai bahkan ada yang tersenyum, banyak yang berta`ziyah dan mensholatkan dll.

Dari Abu Darda Ra, Rasulullah Saw bersabda : "Tidak akan keluar ruhnya seorang mu`min sampai dia melihat tempatnya di surga, dan tidak akan keluar ruhnya seorang kafir sampai dia melihat tempatnya di neraka" (HR Al-Baihaqi).

Dari Aisyah Ra, Rasulullah bersabda: "Tidak satu mayit pun yang di sholatkan oleh seratus orang kaum muslimin dan semuanya memintakan syafa`at untuknya, pasti syafa`at mereka di terima" (HR Muslim)

Semoga kita bersama di karunia Allah Swt untuk dapat berusaha dan berdoa supaya kita mendapat gelar husnul khotimah di akhir hayat kita. Amin Amin Yaa Robbal Alamin. Wallahu a`lam bisshowaab.

Sedutan daripada VCD Ingat Akan Mati, Hidup di alam Kubur.
Facebook Ustaz Kazim

Di Antara Tanda Dekatnya Kiamat, Gempa Bumi Semakin Marak

Oleh: Badrul Tamam

Al-hamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan berbagai nikmat kepada kita. Shalawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulullah, keluarga, dan para sahabatnya.

Gempa bumi dengan skala yang besar sering terjadi pada tahun-tahun terakhir ini. Banyak korban jiwa karenanya. Kerugian materi juga tidak sedikit. Bahkan kehidupan masyarakat yang menjadi korban juga terlihat memprihatinkan.

GAMBAR  menunjukkan sebuah rumah ranap akibat gegaran gempa bumi di bandar Tachilek, Myanmar baru-baru ini

Sesungguhnya banyaknya gempa bumi di zaman yang sudah tua ini telah jauh-jauh hari diberitakan oleh Nabishallallau 'alaihi wa sallam empat belas abad yang lalu. Yaitu saat beliau hidup di tengah-tengah padang pasir yang tak seorangpun menguasai peta gempa bumi. Bahwa di akhir zaman akan banyak terjadi gempa bumi. Dan beliau mengaitkan femomena alam tersebut dengan semakin dekatnya hari kehancuran alam semesta (kiamat).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radliyallah 'anhu berkata, Nabishallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ. . . وَحَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ

"Tidak terjadi hari kiamat dan sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi." (HR. Bukhari, no. 978)
Dalam Musnad Imam Ahmad, ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam duduk-duduk bersama para sahabatnya, di antaranya Salamah bin Nufail perawai hadits ini, beliau menyebutkan sebuah hadits yang di antara isinya; "Sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi."

Sesungguhnya di antara bentuk rahmat Allah Ta’ala kepada kita (umat muslim), Dia memberikan petunjuk-petunjuk akan dekatnya kiamat. Sedangkan hari kiamat tidak datang kecuali dengan tiba-tiba dan sangat mengejutkan.

Allah Ta’ala berfirman,

 هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

“Mereka tidak menunggu kecuali kedatangan hari kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba sedang mereka tidak menyadarinya.” (QS. Al-Zukhruf: 66)

Ayat di atas menceritakan kondisi orang atheis dan orang yang lalai dari Allah dan ayat-ayat-Nya. Berbeda dengan orang beriman, ia selalu waspada terhadap adzab akhirat. Allah Ta’ala berfirman,

أَمْ مَنْ هُوَ قَانِتٌ آَنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآَخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

”(Apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (QS. Al-Zumar: 9)

Gempa dan Tsunami

Tsunami merupakan salah satu fenomena dari gempa bumi yang terjadi di tengah samudera yang menimbulkan gelombang besar pasang dan menghantam pantai sehingga menghancurkan rumah-rumah dan bangunan, membunuh ribuan jiwa dan meluluhlantahkan apa saja yang dilaluinya. Dan ini merupakan bukti nyata bahwa azab Allah Ta’ala datangnya tiba-tiba. Allah Ta’ala berfirman,

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَوْلَا أَجَلٌ مُسَمًّى لَجَاءَهُمُ الْعَذَابُ وَلَيَأْتِيَنَّهُمْ بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

“Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. kalau tidaklah karena waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyadarinya.” (QS. Al-Ankabut: 53)

Allah berfirman kepada para ghafilin (orang-orang yang lalai),

وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

“Dan ikutilah Sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya.” (QS. Al-Zumar: 55)

Begitu juga kiamat, ia akan datang secara tiba-tiba di saat manusia melalaikannya. Allah Ta’ala berfirman,

فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ

“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena Sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka Apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila kiamat sudah datang?” (QS. Muhammad: 18)

Karena itulah, kami mengingatkan kepada saudara-saudara seiman bahwa tanda-tanda dekatnya kiamat satu demi satu sudah nampak di hadapan kita. Karena itulah, marilah kita segera bertaubat dan kembali kepada Allah Ta’ala, melaksanakan kebaikan-kebaikan dan terus berbekal di dunia yang fana ini untuk kehidupan yang abadi sesuai dengan firman Allah Ta’ala,

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى

“Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (QS. Al-Baqarah: 197)

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita kesadaran akan fenomena alam yang terjadi disekitar kita. Semua itu menuntut agar kita mengagungkan dan membesarkan-Nya. Yaitu dengan mematuhi segala perintah-perintah serta menjauhi larangan-Nya. Wallahu Ta’ala a’lam.


Tulisan Terkait:

Wednesday, March 23, 2011

Khazanah Peninggalan Nabi Muhammad SAW


 Alhamdulillah,  syukur masih ada peninggalan yang menusuk hati kita,
Masih ada yang masih menyimpannya, sehingga dapat menjadi bukti sejarah.

Khusyuk Solat


Artikel asal : Tomakninah, tadabbur elemen penting tambah kekhusyukan solat
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
Berita Harian
2011/03/23

KEBANYAKAN umat Islam dalam kecanggihan masa kini kian menumpulkan kepekaan dengan kewajipan solat fardu yang menjadi tiang agama dan batas pembeza antara orang Islam dengan bukan Islam. Mereka sangat berani meringankan solat, malah lebih malang langsung tidak solat.

Tindakan yang mereka ambil ini tanpa rasa bersalah terhadap Allah SWT. Keadaan gerhana ini semakin memburuk dari sehari ke sehari yang bukan saja melanda golongan muda remaja, bahkan juga dewasa dan tua, yang sudah sewajarnya menginsafi dan memahami secara dalam tujuan hidup seorang Muslim di dunia ini. 
Benarlah apa yang digambarkan dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam: 59)

Dalam ayat lain, Allah memberi ancaman kepada golongan yang lalai dalam solat yang bermaksud: 

“Neraka wail bagi orang yang solat iaitu mereka yang lalai dalam solatnya.” (al-Ma’un: 4-5)

Sesungguhnya ada banyak pendapat dan tafsiran mengenai maksud lalai dalam solat iaitu:

Cuai hingga habis waktu solat (ditunaikan secara qada atau ditinggalkan begitu saja). 

Tidak khusyuk (dalam solat terbayang perkara yang berlaku di luar solat, tidak mengetahui maksud lafaz dan perbuatan dalam solat). 

Tidak melaksanakan segala ikrar dan janji yang dilakukan dalam solat (misalnya dalam solat mengakui bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, tetapi di luar solat tidak menghayati akhlak dan sunnah Rasulullah).

Kadang-kadang kita terfikir apakah yang akan berlaku kepada umat Islam yang meremehkan solat fardu, padahal kita sedia maklum, solat membentuk keperibadian luhur, terhormat dan berkualiti menepati sebaik-baik umat. 

Kenyataan hari ini sudah cukup memberi jawapan kepada pertanyaan tadi. 

Masyarakat bergelumang dengan maksiat, mengenyangkan nafsu syahwat, lupa kepada Allah dan menjalani kehidupan yang menjurus kepada kehidupan jahiliah yang tidak bertamadun. Di sini perlunya peranan ibu bapa, guru, pemimpin serta seluruh masyarakat sebagai penyuluh, pendorong dan pembimbing mereka agar kembali mendekati solat dengan penuh kebijaksanaan.

Bagi yang taat mengerjakan solat, perlulah mengemaskinikan solatnya agar benar-benar memenuhi kategori solat khusyuk yang diterima Allah SWT. Kadang-kadang kita menganggap solat kita telah baik dan sempurna, tetapi hakikatnya termasuk golongan lalai dalam solat. Apakah selama ini kita khusyuk dalam solat? Persoalan ini akan terjawab bila kita memahami pengertian khusyuk.

Menurut Imam Ibn Taimiyah khusyuk itu mengandungi dua makna, pertama tawaduk dan kerendahan serta kehinaan diri di hadapan Allah dan kedua ketenangan dan tomakninah. Hal itu adalah kenescayaan dari kelembutan hati dan menafikan kekerasan hati. Jadi, khusyuk itu adalah rasa takut kepada Allah yang ada di dalam hati dan tampak di atas aspek lahiriah, manakala Ibn al-Qayim al-Jawziyah pula berpandangan khusyuk adalah berdirinya hati di hadapan Rab dengan tunduk dan rendah.

Daripada dua pendapat tokoh ulama tersohor tadi dapatlah kita buat satu rumusan bahawa khusyuk adalah kerendahan hati, ketenangan serta memberi tumpuan hati kepada Allah dengan rasa takut (kepedihan azab-Nya), kagum (kebesaran-Nya) dan cinta.

Bagaimana jalan bagi mencapai solat yang khusyuk? 

Pedoman yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan hadis dan al-Quran ini boleh kita tekuni iaitu:

Membuat persiapan awal seperti pakaian, wuduk dan menunggu waktu solat. Dengan ini tidak ada istilah tergesa-gesa melakukan solat. 

Tomakninah (berhenti sejenak dari rukun ke rukun sampai salam). Kelakuan Rasulullah ketika solat contoh terbaik tomakninah. Rasulullah SAW ketika solat baginda melakukan tomakninah sehingga semua anggota badan baginda kembali pada tempatnya. (Hadis riwayat Abu Daud) 

Sentiasa ingat mati kerana mengingati mati akan memperelok solat dan menganggap solat yang dilakukan itu yang terakhir. 

Tadabbur (menghayati) ayat al-Quran, zikir dan bacaan lain yang dibaca ketika solat menjadikan hati diserap kekhusyukan. 

Beranggapan ketika solat kita sedang menghadap Allah. Dengan demikian, seseorang akan menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan Allah, lalu mendorongnya mengerjakan solat secara bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Nota Penulis : Perintah tadabbur, disalin daripada : Semakin dikaji semakin lapar - Bangkit Kembali

A024
"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?" (Muhammad 47:24)

Dalam ayat 24 Surah Muhammad di atas menjelaskan bahawa inilah satu-satunya ayat yang menyuruh kita tadabbur. Orang yang tidak memahami al-Quran mungkin puncanya daripada dua sebab iaitu sama ada:

Pertama   :   Kerana orang itu belum mentadabbur (sengaja tidak mahu berusaha memahami)
Kedua     :   Kerana hati orang itu telah tertutup (wal'iyazubillah).

Kita mesti yakin bahawa jika kita belum lagi dapat memahami al-Quran bukanlah bererti hati kita tertutup tetapi adalah disebabkan kita belum mentadabbur.

Perkataan tadabbur ini berasal daripada kata dasar duburun ( dal ba' ra') yang bermaksud belakang. Maksudnya kita mengekorinya dari belakang. Al-Quran membawa kita, kita mengekorinya, umpama kita naik kereta yang dipandu oleh pemandu kenderaan. Kita akan ikut ke mana sahaja yang dibawa oleh pemandu. Al-Quran kata; ikut saya dari belakang, al-Quran ajak kita buat yang baik tinggalkan yang tak baik.

Pengertian tadabbur menurut  pakar bahasa al-Quran, Imam Arraqib al-Isfahani ialah kita baca al-Quran bukan sambil lalu, kita tidak perlu risau dengan suara kita, panjang pendek nafas kita, tetapi yang perlu kita buat ialah berfikir tentang apa kandungannya, hingga ke satu peringkat kita dapat mengetahui mana yang hak dan mana yang batil. Kemudian setelah kita tahu kita kena beramal dengannya. Yang paling penting FIKIR.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)