Ya'juj dan Ma'juj adalah makhluk Allah. Allah berfirman :
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (Al-Kahfi 18:93)
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya'juj dan Ma'juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Al-Kahfi 18:94)
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (Al-Kahfi 18:95)
Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj merupakan satu tanda besar hari Kiamat.
Nabi Muhammad SAW bersabda : "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, celakalah orang-orang Arab kerana kejahatan telah hampir. Telah dibuka hari ini lubang Ya'juj dan Ma'juj seperti ini." Nabi SAW membulatkan dengan jari telunjuk dan ibu jarinya. (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
Jika ada orang bertanya tentang siapa mereka? Sukar untuk dijawab secara pasti. Kita tidak akan mengetahui selain apa yang tertulis dalam al-Quran dan juga hadis.
Allah berfirman dalam surah al-Kahfi:
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi 18:98)
Firman Allah dalam surah al-Anbiyaa':
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj dan Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. (Al-Anbiyaa' 21:96)
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Al-Anbiyaa' 21:97)
Dalam ayat-ayat di atas Allah tidak menyatakan waktu tertentu dan janji kehancuran tembok Ya'juj dan Ma'juj ini. Hampir berlakunya kiamat ialah perhitungan Allah SWT, bukan perhitungan manusia. Oleh itu harus terbuka tembok seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dan selepas itu berlaku mala petaka ke atas umat Arab Islam iaitu dengan berlakunya serangan Tartar yang dipimpin oleh Hulagu menjadi tanda kebenaran janji Allah dan RasulNya. Pendapat ini dikemukan oleh Syed Qutb.
Jika dilihat daripada nas yang lain, kita akan dapati bahawa apa yang berlaku itu adalah satu daripadanya dan akan berlaku serangan secara besar-besaran daripada Ya'juj dan Ma'juj pada akhir zaman.
Sumber : Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Aqidah
No comments:
Post a Comment