Tuesday, March 22, 2011

Beza Yahudi, Israel n Zionis

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu lepas menyaksikan Halaqah di TV9, tajuknya Kenapa Yahudi, Penalisnya ialah   Dr Danial Zainal Abidin

Memetik ayat daripada surah al-Baqarah:

A120 
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah 2:120)

Menurut Dr Daniel ayat di atas boleh difahami secara umum bahawa ada dua golongan di situ iaitu Yahudi dan Nasrani. Kalimah 'lan' pada awal ayat itu Allah nak nyatakan bahawa sesuatu yang tidak akan ternafi sampai bila-bila. Maknanya dua golongan ini sampai bila-bilapun tidak akan bersetuju dengan agama Islam.

Dalam al-Quran ada satu ungkapan yang Allah sebut "Bani Israel"; Kalimah Israel adalah merujuk kepada salah satu nama Nabi Yaakub. Dalam bahasa Ibrani Israel bermaksud Hamba Allah. Yahudi adalah keturunan Nabi Yaakub.



A062

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien (orang-orang yang tak ikut mana-mana agama) sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:62)
Dalam ayat 62 al-Baqarah ini orang-orang Yahudi dan Nasrani; jika mereka beriman, tidak ada masalah kepada mereka jika mereka beramal soleh. Dalam ayat 120 al-Baqarah yang di atas tadi ditujukan kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menurut hawa nafsu. Mereka ini mengubah agama. Dalam tafsir Azhar, Hamka menyatakan bahawa orang-orang Yahudi menganggap agama merekalah yang paling baik.  
 

Ada kisah Bani Israel yang Allah beri syarat jika mereka ingin masuk ke Kanaan (Palestin) mereka kena berperang, tetapi mereka tak mahu lalu mereka dibiarkan berkeliaran di padang pasir yang gersang selama 40 tahun. Kisah ini boleh dibaca dalam surah al-Maidah mulai ayat 21 hingga 26.

Menurut Dr Daniel, Allah laknati Bani Israel/Yahudi yang derhaka. Jadi kita tak boleh kata Yahudi laknatullah ataupun Israel laknatullah. Amalan mereka pada zaman dahulu betul iaitu ikut ajaran Nabi Musa as. tetapi mereka ini tidak pernah bersyukur, mereka ubah kitab. 

Antara perangai buruk mereka ialah mereka pandai putar belit, dalam ayat di bawah mereka dilarang bekerja pada hari Sabtu kerana hari itu merupakan hari mereka beribadah tetapi apa yang mereka buat ialah mereka buat pukat pada hari Jumaat kemudian mereka akan tangkap hasil pukat pada hari Ahad.

 A065
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". (Al-Baqarah 2:65)

Dalam ayat di bawah ini pula mereka ini tidak bersyukur. Mereka jemu terhadap apa yang Allah berikan iaitu manna dan salwa lalu minta lebih lagi. Subhanallah.

A061

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Al-Baqarah 2:61)
Pada asalnya mereka ini dimuliakan Allah tetapi disebabkan perangai mereka yang keterlaluan, mereka dihinakan seolah-olah Allah memberi bunga kepada mereka tetapi mereka tukar menjadi duri. Lihat nikmat yang banyak yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang-orang Yahudi.

Seterusnya dikatakan bahawa sistem wang kertas dimulakan oleh orang-orang Yahudi, begitu juga dengan sistem kewangan yang di dalamnya riba berleluasa serta memperkenalkan hiburan melampau.

Hari ini saya google tentang Yahudi, Israel serta Zionis, dan saya dapat link-link di bawah; eloklah dibaca untuk mengetahui siapa mereka sebenarnya sebab mungkin kita tak sedar bahawa istilah-istilah ini ada perbezaannya.




4)  Ceramah tentang Yahudi, Israel dan Zionis : SINI

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)