Saturday, March 19, 2011

Khat bawa Karima kepada Islam


SAYA duduk di dalam Masjid Al Hambra, Sepanyol sambil menatap tulisan yang terukir indah di dinding-dindingnya. Iaitu tulisan yang paling indah, dengan keindahan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata.

"Walaupun saya tidak memahami walau sepatah pun tapi hati saya benar-benar sudah terpaut pada keindahan dan keunikan tulisan tersebut.

Keindahan khat yang terdapat dalam Masjid Al Hamra, Sepanyol memikat hati Karima Burn seterusnya membawa beliau kepada Islam.


"Lalu saya bertanya asal usul bahasa dan tulisan tersebut dari mereka yang berada di masjid tersebut, lalu mereka menjawab bahawa tulisan itu adalah perkataan-perkataan dari Bahasa Arab," cerita Karima Burn ketika pertama kali beliau mengenal tulisan dan bahasa Arab.

Sejak itu tulisan atau kaligrafi khat sangat meninggalkan kesan dalam hatinya sehinggakan dengan pemandu pelancong yang membawanya melawat sekitar Kota Al Hambra Grenada Sepanyol diminta mendapatkan risalah-risalah dan buku panduan melancong dalam bahasa Arab.

"Bahasa Arab, adakah anda tahu berbahasa Arab?," tanya si pemandu pelancong.

"Saya tidak tahu tetapi saya ingin mempelajarinya dengan kamu mendapatkan juga terjemahannya dalam bahasa Inggeris," jawab Karima.

Di hari terakhir beliau melancong di Grenada itu, Karima banyak membawa pulang buku panduan dan lain-lain buku yang memuatkan keindahan tulisan khat, yang sudah pasti kesemuanya dalam bahasa Arab.

Sehinggakan baju-baju beliau 'dihadiahkan' kepada orang lain, semata-mata untuk memuatkan begnya dengan buku-buku itu. Baginya buku-buku itu ibarat emas berbanding baju-baju yang dibeli dengan harga yang mahal itu.

"Saya sering berkhayal betapa indahnya jika saya mampu menulis tulisan yang unik dan cantik itu. Sejak itu juga saya terfikir bahawa pasti ada sesuatu yang berharga dari sebuah budaya yang mempunyai bahasa dan bentuk tulisan yang sangat artistik itu.

"Lalu saya bertekad untuk mempelajari semua ini saat saya bakal memulakan pengajian di universiti," katanya.
Sebenarnya Karima ingin melihat dunia terlebih dahulu sebelum memulakan alam pengajian di universiti. Namun yang sebenarnya Karima sedang mencari jawapan dalam kebenaran beragama.

"Saya sudah meninggalkan gereja beberapa bulan sebelum itu yang menyebabkan saya buntu mengenai alternatif agama apa yang boleh memberikan jawapan yang paling tepat dalam pelbagai persoalan kepercayaan dan keagamaan," katanya.

"Walaupun saya rasa agak bersalah meninggalkan gereja dan tidak taat kepada Kristian tetapi akibat banyak ajaran yang bertentangan sehinggakan terdapat pelbagai versi Kitab (Injil) menyebabkan saya bingung dan sukar untuk memahami semua ini," katanya.

Jadi tanpa disengajakan beliau memilih selatan Sepanyol dan menyaksikan sendiri keindahan peninggalan Islam yang sangat agung di Seville dan Grenada. Ia menyedarkan Karima bahawa kaligrafi khat itu merupakan jawapan atas semua keresahan yang melanda jiwanya selama ini.
Susunan SITI AINIZA KAMSARI


 
 
Al-Hambra merupakan nama sebuah istana dan benteng yang merupakan bangunan monumen yang paling indah daripada peninggalan arkitektur Islam di kota Granada, Sepanyol Selatan dan salah satu bukti sejarah dari ketinggian peradaban dan kesenian Islam.

Nama itu berasal dari kata Arab hamra, bentuk jamak dari ahmar (merah). Menurut suatu pendapat, istana itu disebut Al-Hambra kerana tanah tempat berdirinya berwarna merah. Ada pula yang berpendapat, istana itu dinamai demikian kerana dindingnya dibuat daripada batu merah. Pendapat lain menyatakan, nama itu diambil daripada al-Ahmar, nama pembuatnya.

Seluruh bangunan yang terdapat dalam kompleks Al-Hambra itu tidak dibangun sekali gus, melainkan secara bertahap selama lebih dari 100 tahun pada abad ke-14 dan ke-15. Pembinaan pertama dibangunkan oleh Sultan Muhammad bin al-Ahmar I (1257-1323 M), keluarga Bani al-Ahmar atau Bani Nasr, yang berketurunan Said bin Ubadah, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w dari suku Khazraj di Madinah. Kemudian bangunan itu diperluas oleh sultan-sultan sesudahnya.

Al-Hambra berada pada dataran di atas sebuah bukit kecil yang tingginya kira-kira 150 m di atas kota Granada. Dataran seluas kira-kira 14 hektar tersebut dikelilingi dinding yang dari jauh nampak bagaikan sebuah benteng yang kukuh. Di sekeliling dinding itu menjulang menara-menara yang megah sebanyak 13 buah, di antaranya ada yang setinggi 26 m.

Jalan menuju ke istana itu terasa sejuk dan nyaman kerana di sepanjang jalan berjajar pepohonan dan air pancuran. Setelah melewati Istana Generalif yang didirikan oleh Karel V (penguasa Sepanyol tahun 1516-1556 M), pengunjung akan sampai di depan gerbang Al-Hambra. Bangunan yang mula-mula dapat dilihat adalah Masjid al-Mulk atau Masjid Sultan.

Dinding yang mengelilingi Istana Al-Hambra dibuat dari batu buatan daripada tanah, kapur dan batu kerikil berwarna merah. Sepanjang tembok, bahagian bawah setinggi 4 kaki dihiasi dengan gambar-gambar, manakala bahagian atasnya pula ditutup dengan plaster simen. Lantai istana pula dibuat dari pada marmar putih bersegi empat. Atapnya berbentuk kubah. Di dalamnya terdapat taman-taman yang luas dan indah. Di bahagian belakang terdapat dua halaman luas di dalam gedung. Di atas semua bahagian istana, seperti dinding, langit-langit, tiang, ceruk dan lengkungan bertaburan pula arca-arca yang mewah.

Istana Al-Hambra terdiri daripada berbagai-bagai ruangan, masing-masing mempunyai nama dan keindahan yang berbeza, iaitu:

(1) Ruangan al-Hukmi, ruangan pengadilan berbentuk empat persegi setinggi 20 m. Ruangan ini mempunyai sebuah lambang yang menggambarkan tangan yang menadah ke langit dan anak kunci disampingnya, suatu lambang yang mengandungi makna bahawa keadilan membuka jalan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

(2) Taman Singa, sebuah kawasan berukuran 28.5 m x 15.70 m di sebelah barat Ruangan al-Hukmi. Keempat penjuru lapangan ini dikelilingi oleh teras dengan 128 tiang marmar yang berlapis dua, berlapis tiga dan berlapis empat.
(3) Qaatu Bani Siraj, sebuah ruangan berbentuk bujur sangkar di sebelah timur Taman Singa. Dindingnya dihiasi dengan ukiran keemasan dan hiasan tulisan Arab. Di tengah ruangan terdapat saluran air pancuran / pancutan daripada batu pualam.

Selain itu terdapat juga ruangan dua perempuan bersaudara, ruangan yang disediakan untuk dua orang saudara perempuan Sultan al-Ahmar. Di samping itu, ada juga ruangan bersiram, ruangan istirahat sultan dan permaisuri, sebuah taman di depan ruangan istirahat aultan, ruangan Barkah, ruangan Duta, ruangan as-Safradan masjid di sebelah utara ruangan istirahat sultan.

Seorang penyair dari India yang mengunjungi Al-Hambra menuliskan ketakjubannya pada salah satu pintu Al-Hambra itu: Andaikan Firdaus ada di dunia, maka Firdaus itu adalah Al-Hambra.

Kota Granada dengan Al-Hambra jatuh ke tangan penganut Kristian tahun 1492 M, dan Al-Hambra menjadi istana Kristian.
http://berita-harian-online.com/al-hambra/ 

No comments:

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)